𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SAAT berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari dan hari berganti minggu. Terhitung sudah seminggu sejak kejadian yang membuatkan bahu Evender tercedera dek kerana ditembak musuh. Syukur, bahu Evender sudah kembali seperti sediakala.
Di sisi lain juga, sudah terhitung seminggu Aaron mendiamkan dirinya. Biasanya, lelaki itu akan mencari topik perbualan untuk membiasakan diri bergaul dengan Keira. Namun, sejak perbualan pada malam tersebut, Aaron berubah menjadi dingin terhadap Keira. Lelaki itu lebih selesa diam membeku.
"Ingat pesan aku ni, lepas beli barang terus balik. Tak payah buang masa pergi tempat lain," arah Evender sekali lagi. Entah beberapa kali dia selalu melontarkan arahan yang sama.
"Iyeee, Signor Delrico yang kacak bergaya!" Keira menjeling malas.
"Renzo, jaga Keira elok-elok. Jangan sampai perkara buruk terjadi pada dia. Ingat, kalau jadi apa-apa, kau dengan Leah yang akan tanggung semuanya!" Tatapan Evender menajam terhadap pekerjanya yang diberi amanah untuk melindungi Keira.
"Elele... posesifnya! Mesti signor dah cintakan saya kan?" Keira memeluk manja tangan kekar Evender. Pandangannya menaik ke arah Evender yang lebih tinggi daripadanya.
"Aku cuma tak nak tubuh kau ada parut. Dahlah, aku gerak office dulu. I'll miss you, my only mia cara..." Kecupan pada dahi licin Keira adalah yang terakhir sebelum Evender melangkah masuk ke dalam pacuan empat roda berjenama Porsche mahal miliknya.
Banyak lagi kerja yang sedang menanti Evender di tempat kerjanya setelah dirinya berehat selama seminggu atas permintaan Keira.
Evender Delrico yang dikenali sebagai seorang yang keras kepala dan enggang menurut perintah orang lain kini berubah menjadi seorang yang penurut dan tidak membantah. Hanya Keira seorang sahaja yang mampu membuat Evender berubah sedemikian rupa.
Sedikit demi sedikit, usaha Keira kian membolehkan hasil. Perlahan namun pasti, Evender yang angkuh itu akan segera tunduk kepadanya. Hatinya yang membatu perlahan-lahan pecah. Hanya perlukan sedikit usaha dan kesabaran lagi, maka Evender akan sepenuhnya tunduk dan menjilat kembali ludahnya sendiri.
"I love you, signor! Cepat sikit cintakan saya balik tau!" pekik Keira tanpa rasa malu.
Padahal, banyak pekerja Evender yang berada di situ mendengar termasuklah beberapa orang pembantu rumah yang sedari tadi mencuri dengar perbualan sang majikan.
Sikap Keira yang bagi mereka itu terlalu comel kerana mengungkapkan kata cinta tanpa mendapat balasan itu membuatkan mereka ingin mendukung usaha yang dilakukan oleh Keira. Gadis kecil itu tidak pernah menyerah!
Mereka berharap agar tuannya yang dikenali sebagai seorang yang dingin itu akan luluh hatinya dan membuka mata untuk melihat semua perjuangan seorang gadis yang selama ini hanya dianggap sebagai mainan pemuas nafsunya semata-mata.