𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
HATINYA perih. Bibirnya gugup. Tidak pernah dia sangka ayat itu bakal meniti di bibir sang pemilik nama indah itu.
"E...Even tahu ke...yang awak cintakan dia?" Perih namun harus menahan demi kekal kuat di mata gadis itu.
Pandangan Keira kembali tertumpu ke arah Aaron. Kepalanya mengangguk kecil mengeyakan pertanyaan daripada Aaron.
Jadi... Haruskan Aaron benar-benar nekad untuk merampas Keira dari genggaman sahabatnya sendiri?
Sanggupkah dia memisahkan gadis yang dia cintai dari terus pergi meninggalkan dirinya suatu hari nanti? Arghhh! Lelaki itu buntu!
"J...jadi... Even pun cintakan awak?"
Keira menggelengkan kepalanya.
Aaron menghela nafas berat. Nampaknya, gadis itu tidak mengetahui bahawa cintanya sudah terbalas. Evender tidak akan gila membuntuti Aaron jika bukan kerana Keira.
Keira tidak mengetahuinya. Tetapi Aaron tahu. Sahabatnya tidak akan bertindak segila itu hanya kerana seorang perempuan yang sudah dicintainya.
Dari dahulu lagi Evender tidak pernah tertarik kepada perempuan. Gay ke? Bukanlah! Dia hanya mengejar kekayaannya sendiri. Hubungan dengan Xandra pun hanya sekadar suami isteri di atas kertas. Sebaliknya, Evender hanya mahukan harta keluarga bekas isterinya semata-mata.
"Erm... Awak..." Keira ingin menyambung kata namun,
Chup!
Mata Keira terbuntang luas. Sungguh, tindakan Aaron ini benar-benar di luar jangkaannya. Mengapa tiba-tiba? Berani sungguh lelaki ini! Apa sebenarnya yang sudah merasukinya?!
Keira menolak dada Aaron agar tercipta jarak yang agak jauh di antara mereka. Mata hazelnya merenung tajam ke arah mata Aaron yang terlihat sayu itu.
"A...apa yang awak cub..."
"Saya cintakan awak, Keira!" ungkapan itu meniti laju di bibir Aaron.
Keira terkejut. Sekali lagi matanya terbuntang.
Fikiran Keira dipenuhi dengan pelbagai persoalan saat ini.
Sejak bilakah lelaki di hadapannya mula mencintainya?
Apa alasan Aaron untuk mencintai gadis sepertinya?
Apa yang istimewa mengenai dirinya?
Fikirannya ditinju soalan bertubi-tubi.
Keira berusaha untuk kekal tenang. Tidak mahu menimbulkan perbalahan mahupun paksaan dalam hal ini. "Apa awak cakap ni? A...awak main-main je kan?"
"Buat apa saya nak main-main tentang hati dan perasaan saya sendiri? Saya berhak untuk cinta dan sayangkan sesiapapun. Termasuklah perempuan yang berada depan mata saya sekarang," ujarnya lembut.