𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"YOU'RE LATE, Mr. Delrico!" Seorang lelaki berambut perang menyambut kedatangan Evender di sebuah restoran mahal yang disewanya.
Kerana Evender terlalu lambat, Delcan dan yang lain pergi terlebih dahulu ke restoran tersebut yang menjadi tempat perbahasan kerja sesama mereka.
Jaraknya tidak terlalu jauh dari hotel di mana Evender menginap. Jadi Evender yang lewat beberapa minit sahaja dan bukan beberapa jam. Keira punya pasal lah ni!
"Aku ada hal tadi," sahut Evender tanpa rasa bersalah sama sekali. Mulut itu memang tidak akan pernah mengeluarkan kata 'maaf' jika perkara itu bukan hal fatal yang dilakukannya. Bahkan kata 'terima kasih' juga hampir tidak pernah keluar meniti di bibirnya.
"Hal apa? Hal dengan perempuan, hm?" ujar salah satu lelaki lain diikuti dengan tawa semua orang. Kurang ajar! Mereka berani menertawakan Evender sang raja mafia di negaranya.
"Tak kesah lah apa pun hal aku, kau orang tak ada hak masuk campur. Let's discuss it sebelum aku blah dan batalkan semua kerjasama ni," ancam Evender membuatkan semuanya terdiam.
Delcan, selaku tuan rumah meminta sang anak buah untuk menyalakan komputer riba dan ICD Projector dan menghalakannya ke arah Projector Screen.
Restoran yang disewa oleh Delcan memang sangat privasi. Lebih-lebih lagi mereka semua adalah golongan VVIP, jadi semakin terjaga dan terkawal ketatlah privasi mereka.
"Mr. Delrico, lihatlah, operasi kenaikan harga semakin naik sejak aku bekerjasama dengan kau. Berkat kelicikan kau, senjata dari syarikat aku laku keras. Aku memang tak sangka yang kau boleh membawa banyak perubahan dalam usaha keras aku. Dan aku sangat berterima kasih pada kau, Mr. Delrico," Delcan meletakkan sebelah tangannya pada dada bidangnya dan menundukkan sedikit badannya ke arah Evender.
Seringai puas Evender terpapar jelas tatkala mendengar pujian daripada Delcan. Dari sini dapat dilihat bahawa Evender adalah yang paling berpengaruh di antara wajah-wajah tua itu.
"Kau untung, aku pun untung. Aku akan teruskan kalau pihak kau tak buat sebarang masalah,"
Delcan tersenyum lebar ketika mendengar penuturan Evender. Memang tidak salah mengeluarkan wang yang banyak demi bekerjasama dengan orang dari negara luar.
"Terima kasih. Aku akan berusaha sebaik mungkin, Mr. Delrico!" ujar Delcan ramah.
"Erm, Mr. Delrico..."
"Aku tak nak ada sebarang kerjasama lagi dengan kau, Mr. Keitaro," cantas Evender saat seorang lelaki dari negeri dengan julukan matahari terbit mula berbicara.
"A...apa maksud kau, Mr. Delrico? Sepanjang kita bekerjasama, aku tak pernah pun buat kau rugi kan?" Keitaro kelihatan sedikit panik.
Senyuman sinis terukir di bibir Evender. "Hei, siapa yang paling awal gelakkan aku tadi, hm?" Jadi benarlah, Evender sudah berdendam sekarang. Dia memang tidak suka ditertawakan dan dia akan membalas dengan hal yang lebih daripada itu.
"Mr. Delrico, tadi aku gurau je..."
"Aku tak suka bergurau! Kerjasama kita berakhir di sini. Teruskan, Delcan," Evender mengabaikan Keitaro yang kesal setengah mati.
"Seterusnya, musuh yang pernah mencuri intel kita dua bulan lepas dah dikenal pasti berada di selatan Brazil. Orang kanan aku yang melaporkannya. Aku juga dah hantar beberapa orang bawahan aku untuk mengintip mereka di sana. Mereka juga melaporkan yang puak musuh sekarang banyak yang berpecah-belah sebab..."
Brakkk!!!
Keitaro pergi dengan kemarahannya. Sedangkan Evender hanya mengulas senyuman sinisnya, menertawakan lelaki yang lebih tua daripadanya.
Itulah akibatnya jika berani bermain api dengan Evender. Evender memiliki aset tertinggi dari semua ahli yang berada di sini. Semua akan kalah jika Evender sudah membuka langkah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.