"CIK KEIRA, lebih baik kalau cik tunggu dalam bilik je. Signor mesti akan marah bila tengok cik ada dekat sini," ucapan yang sama kembali terlontar oleh sang bodyguard yang menjaga Keira.Sudah tiba waktunya untuk sesi makan tengah hari. Keira sudah selesai bersiap untuk mengajak Evender makan tengah hari bersama. Gadis itu kelihatan sangat teruja hingga membuatkan para pekerja yang ditugaskan untuk menjaganya kehairanan. Perubahan Keira terlihat dengan sangat jelas sejak akhir-akhir ini.
"Tak nak! Lagipun, ni kan masih lagi di area hotel. Hotel dengan bilik sama je lah. Lagipun saya kan ada bodyguard?" Keira juga tidak bosan melontarkan jawapan yang sama. Wajah bahagia Keira terukir jelas di situ.
"Nanti Cik Keira boleh penat kalau asyik berdiri macam ni. Sebaiknya dengarlah cakap bodyguard ni," Makcik Leah tak kalah cerewetnya. Dia setia menemani Keira di mana pun gadis itu berada.
"Alaaa...tapi... ha! Tu signor!" Keira terus berlari kencang saat melihat Evender yang sedang berjalan memasuki pintu utama hotel dengan gaya penuh karismanya.
Tubuh mungil itu terus dihamburkan ke dalam pelukan Evender. "Kenapa lama sangat...penat saya tunggu..."
"Kenapa kau ada kat sini? Kan aku dah cakap jangan keluar bilik," Evender malah menukar topik.
"Tak apalah. Lagipun Makcik Leah dengan bodyguard tinggi tu kan ada," Keira menjawab selamba.
Evender menghela nafas panjangnya. Keira sudah pandai menjawab sekarang.
Cinta Keira kepada Evender telah mencetuskan perubahan yang ketara terhadap gadis yang selama ini selalu bungkam.
"Ada-ada je jawapan kau kan?" Evender mencubit lembut pipi mulus Keira. Bibirnya langsung membentuk satu senyuman.
Tidak munafik, Evender memang lebih suka diri Keira yang sekarang. Keira yang lebih banyak bicara, Keira yang manja dan juga Keira yang membuatnya seketika terkedu. Evender mengakui bahawa dia suka dengan perubahan Keira yang terlihat lebih ke arah dewasa. Jadi, Evender tidak lagi seperti memelihara sebuah robot lagi.
"Saya laparlah, signor. Jom, kita pergi makan!" Keira terus mengandeng tangan Evender. Senyuman manis tak pernah hilang di bibirnya.
Evender terkekeh perlahan. Lalu, langkah dibuka untuk ke restoran berdekatan. Evender memberi isyarat kepada bodyguard dan Makcik Leah untuk tidak mengikutinya.
Beberapa minit kemudian...
Evender membawa Keira ke restoran yang sangat mewah. Sungguh banyak wang yang telah Evender laburkan untuk kesenangan Keira. Jika Keira adalah seorang yang tamak, mungkin gadis itu akan memanfaatkan harta Evender dengan penuh taksuban duniawi. Namun Keira justeru sebaliknya.
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
Romansa𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 ° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ ° Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri. Evender Delrico...