𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
TANPA berfikir panjang, Evender menarik tangan Keira dan membawanya masuk ke dalam rumah agam itu. Keira tahu bahawa Evender sedang memendam amarah. Mendengar nama Aaron sahaja sudah cukup membuat Evender baran, apatah lagi jika melihat wajahnya. Evender boleh hilang kawalan, dan Aaron mungkin akan menerima padah.
Keira menepis tangan Evender yang memegang erat tangannya, membuat jejaka itu berhenti sebelum benar-benar masuk ke dalam rumah agam. Keira berdiri di hadapan Evender, menangkup wajahnya yang penuh emosi. Dia mengusap lembut wajah Evender dengan niat untuk menenangkan hatinya. Dia tahu, jika amarah Evender tidak diredakan, dia mungkin akan melukakan dirinya sendiri. Luka di hatinya akan menjadi semakin parah.
"Sabar, Even... Jangan lukakan diri awak sendiri hanya kerana dendam pada sahabat awak sendiri. Luka awak masih belum sembuh sepenuhnya, sayang..." kata Keira cuba menenangkan Evender yang wajahnya sudah memerah kerana amarah.
"Macam mana dengan luka awak pula? Dua hampir cederakan awak! Dia hampir sen..." Evender menghembus nafas berat. "Kalau saya terlambat sikit je malam tu... Saya tak boleh bayang apa yang akan terjadi pada hidup saya kalau apa-apa terjadi pada awak...orang yang paling saya sayang..."
"Y...ya... Tapi balas dendam bukan jalan penyelesaiannya. Cubalah bincang elok-elok. Mungkin dia berniat baik untuk berbaik dengan awak, sebab tu dia datang sini. Janganlah sampai nak lepaskan amarah awak pada sahabat awak sendiri. Dia sebahagian daripada hidup awak sebelum kehadiran saya. Dia lebih kenal awak dan awak pun sama. Bincang elok-elok ya? Saya tahu awak boleh buat. Trust me..."
Evender meraup wajahnya dengan penuh tekanan. Kata-kata Keira memang ada benarnya. Kekerasan tidak akan menyelesaikan apa-apa. Hanya membawa lebih banyak penderitaan. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia mendengar dan menerima nasihat Keira.
"Saya tak boleh janji. But I'll try," balas Evender.
Jawapan itu membuat Keira tersenyum dan dia memberi Evender satu ciuman lembut di pipi sebagai tanda penghargaan atas usaha jejaka itu untuk berubah. Perlahan-lahan, dia pasti boleh berubah, dan Keira akan ada di sisinya sebagai pembimbing.
"Awak boleh lakukannya."
Selepas itu, mereka masuk ke dalam rumah agam itu bersama. Suasana menjadi tegang lagikan sunyi apabila Evender masuk sambil menggenggam erat tangan Keira hingga membuatkan gadis itu terlupa sejenak mengenai kerusi rodanya.
Tatkala melihat kehadiran Evender, Lucas dan Aaron segera berdiri. Pandangan Aaron tertumpu kepada jasad Evender yang menyembunyikan tubuh kecil Keira di belakangnya. Evender tidak suka apabila Aaron memandang gadisnya. Pandangannya tajam seperti seekor singa yang terliur untuk membaham.
"Naik atas dulu ya, mia cara..." Evender mengusap lembut kepala Keira.
Keira mengangguk kecil. "Ingat pesanan saya ya. Jangan emosi sangat. Ingat, luka awak tu belum sembuh sepenuhnya lagi." Tangan Keira menyentuh dada kanan Evender di mana terdapat bekas luka.
Evender terkedu tatkala melihat sikap Keira yang sangat tulus terhadapnya. Dia sedar, dirinya bodoh kerana lambat menyedari perasaan itu. Tolol! Kan? Kan? Kan?
Kini hanya tinggal tiga sahabat lelaki di ruang tamu itu yang sedari tadi saling bertukar pandangan.
Evender maju ke arah Aaron yang masih memandangnya dengan rasa bersalah. Lucas hanya berdiri di belakang Aaron, enggan campur tangan.
"Five minutes. Onlyfiveminutes masa yang kau ada untuk jelaskan tujuan sebenar kau datang sini. Cepat. Aku tak ada masa nak layan jantan murahan yang dah porak perandakan hubungan aku dengan Keira!" tegasnya.
"Aku datang sini sebab aku sedar salah besar aku pada kau. Aku datang...untuk minta maaf kepada kau dan Keira. Aku mengaku ni semua berpunca daripada aku. Rasa cemburu dan obses terhadap Keira buatkan aku hilang akal dan buat kerja bodoh macam tu sampaikan...hubungan kita bertiga terjejas. Aku minta maaf, Even... Kalau kau nak hukum aku, silakan. Tapi jangan putuskan hubungan persahabatan kita. Aku tak nak hubungan kita terlerai hanya disebabkan tindakan bodoh yang aku buat. Kau tahu kan? Aku dah anggap kau adik aku. Tolong...maafkan aku..."
Aaron menunduk ke bawah, tidak berani untuk menatap wajah Evender yang mencerlung tajam ke arahnya. Dia benar-benar rasa bersalah. Jika dia seorang yang berego tinggi, dia tidak akan datang ke sini hanya untuk meminta maaf.
Bughhh!
Tumbukan keras Evender tepat mengenai pipi Aaron. Lebam di pipi lelaki itu mula membiru. Aaron tahu dia layak untuk mendapatkannya.
"Kalau kau berani sentuh Keira lagi, lebih daripada ni aku hajar kau! Kalau bukan sebab Keira, sampai mati pun aku takkan maafkan kau! Bersykurlah sebab perempuan tu berhati malaikat sampaikan iblis macam aku pun dia boleh jinakkan!" Evender melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kakinya disilang penuh kekuasaan.
Aaron memandang Evender seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Serious? Kau maafkan aku?"
"Kalau kau nak makan penumbuk sekali lagi, aku tak ada hal."
"Err, bukan... Cuma aku pelik, sebab kau maafkan aku macam tu je. Ingatkan sampai nak kerat lapan,"
"Sekarang! Aku nak kau minta maaf pada Keira!" Evender lekas bangun. Kaki dilangkah menaiki tangga untuk menejemput Keira.
Di kamar itu, Keira leka menyusun pakaian Evender ke dalam almari. Evender tersenyum lembut. Langkah memaju mendekati dan merangkul tubuh kecil Keira dari belakang.
"Rajinnya dia..." bisik Evender dengan suara garaunya.
"Saya memang rajin. Bukan macam awak!" Keira menjeling malas.
"Aik?"
"Hihi! Erm, dah selesai ke semua?" Keira bertanya.
"Dah, sayang. Jom turun. Dia pun patut minta maaf dekat awak. Jom..."
Meskipun perasaan marah masih ada dalam diri Evender, Keira tahu bahawa jejaka itu harus belajar untuk memaafkan sahabatnya.
Mereka turun ke bawah bersama. Jantung Keira berdegup laju tatkala melihat Aaron yang sedang merenung ke arahnya. Terkesan rasa bersalah, namun dia tetap memberanikan diri untuk berdiri di hadapan lelaki itu.
"K...Keira... Saya minya maaf... Saya tak patut...saya tak patut buat awak macam tu. Tindakan saya memang melampaui batas... Saya...saya salah, Keira..." luah Aaron sembari dirinya menahan sebak.
"Tak apa... Kita lupakan perkara lepas ya? Even pun dah maafkan awak. Tak payah risau lagi, kita still boleh kawan macam biasa kan?" ujar Keira lembut.
"Kau dah dengar kan? Dah! Tak payah nak dekat dengan dia sangat! TAPO KANG!" Evender merangkul erat bahu Keira hingga membuatkan Keira sedikit terkekeh. Si Lucas? Tak payah cerita la. Jantan tu dah berdekah gelak!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.