Chapter 30: Feel You

781 42 0
                                    

                    JAM sudah menunjukkan pukul satu pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    JAM sudah menunjukkan pukul satu pagi. Evender Delrico, sang pemilik rumah agam yang terletak di dalam hutan ini masih tertidur nyenyak sedari pulang dari negara Russia.

Keira yang dahaga sedang mengisi air di dalam gelasnya. Bukannya di dalam kamarnya tidak ada air untuk dibuat minum, tetapi sudah habis dan Keira lupa untuk mengisinya sebelum tidur. Haih, memang kenalah kau Keira.

Saat ingin berbalik, Keira dibuat terkejut saat mendapati sosok lelaki tinggi lampai yang sudah tepat berada di hadapannya saat ini.

"T...tuan Aaron? Erm, tuan tak tidur lagi ke?"

Aaron tersenyum lembut tatkala mendengar suara Keira yang seakan-akan takut berhadapan dengannya. Gadis itu memang jarang berbicara dengan Aaron kerana Aaron memang seorang yang pendiam. Sangat berbeza dengan Lucas. Huh! Tak payah sebutlah nama mamat tu!

"Keira pun tak tidur kagi ke?"

"Oh? Erm, saya isi air sekejap tadi. Air masak kat dalam bilik kita orang dah habis. Saya terlupa pulak nak isi sebelum tidur. Biasanya saya dengan signor selalu minum air masak lepas bangun tidur. Tu lah yang... hm," Keira menunjukkan gelasnya dan juga jug air itu.

"Dah banyak benda yang Keira tahu pasal Even kan?" Aaron berjalan mendekati Keira lagi. Tidak, lebih tepatnya lagi ke arah mesin penapis air berjenama COWAY di belakang Keira.

"Signor sendiri yang beritahu saya. Erm, tuan nak buat air ke? Kopi?" Keira tidak berhenti menatap Aaron yang sedang bergerak mengambil cawan di atas rak, serbuk kopi dan gula.

"Hm. Keira nak?" Senyuman Aaron masih terukir di wajahnya.

"Tak apalah, tuan. Lagipun saya ni jenis tak boleh tidur kalau minum kopi," tolak Keira lembut.

"How about hot chocolate? Kebetulan, sekarang kan tengah hujan," Aaron memandangi rintikan hukan yang sedang membasahi tanaman di sebalik jendela kaca.

"Tuan nak ajak saya minum sama-sama lah ni ya?" Tidak secanggung sebelum ini saat pertama kali bertemu. Keira dapat membiasakan diri dengan keadaan dengan baik.

Aaron terkekeh perlahan. Keira sudah dapat menebak ajakannya. "Mana Keira tahu?"

"Hehe... Bolehlah! Lagipun dah lama saya tak minum hot chocolate. Dulu Makcik Leah selalu buatkan untuk saya! Tapi sikit boleh, biar saya buat..." Keira meletakkan gelas dan jug di atas meja.

"Tak payah. Biar saya je yang buat. Keira duduk dulu ya?" arah Aaron lembut.

"Erm, tak apa ke?"

"Ya, tak apa. Tunggu sekejap ya," Aaron bergegas membuat kopi untuk dirinya dan coklat panas untuk Keira.

Hanya lima minit masa yang diluangkan. Akhirnya Aaron selesai membuat kerjanya sebagai pembuat air tanpa bayaran. Dia meletakkan air coklat panas itu di hadapan Keira. Setelah itu, barulah di duduk di atas kerusi sebelah Keira seraya meletakkan kopi panasnya itu di atas meja.

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now