Chapter 11 : You're My Slave!

1.6K 66 3
                                    

                    KAKI Evender melangkah perlahan ke arah beranda rumah agamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    KAKI Evender melangkah perlahan ke arah beranda rumah agamnya. Pintu yang menghala ke arah beranda dibuka. Kelibat yang dicarinya terus menampakkan figuranya di situ.

Wanita itu sedang asyik menikmati ayam goreng dan minuman yang dibeli di pasaraya tadi. Senyuman di wajahnya tidak pernah lekang. Dia terlihat sangat bahagia sambil menikmati makanan kesukaannya seorang diri.

Evender tersenyum tipis ketika melihat gelagat Keira yang girang itu. Terus kakinya melangkah maju menuju ke arah Keira dan melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Keira.

Tatapan Evender tidak pernah lari dari merenung wajah Keira. Tangannya diangkat lalu dihala ke hujung bibir wanita itu. Sisa ayam yang melekat di bibir Keira dilap perlahan.

"Lahap betul kau makan. Padahal makanan murah je pun," Suara garau Evender kedengaran seperti sedang meremehkan Keira.

Keira tidak kesah apabila Evender berkata sedemikian. Meskipun murah, ia tetap menjadi makanan kegemaran Keira. Mungkin juga hampir seluruh umat manusia menyukainya.

"Selera kita berbezalah, awak. Mungkin bagi awak makanan ni nampak murah. Tapi, ayam goreng ni dah macam makanan mewah untuk orang miskin macam saya," Lembut tutur kata wanita itu. Ayam goreng itu kembali digigit olehnya. Kerangupan yang terhasil menandakan bahawa ayam itu masih lagi tidak sejuk. Nasib baiklah Keira capat-cepat membuka dan memakannya.

"Dah pandai kau bercakap sekarang ni, eh?" Jari-jemari Evender mengusap lembut surai rambut Keira.

Keira bungkam. Alamak! Seharusnya dia tidak patut bersembang dengan majikannya. Takkanlah lepas makan ayam perangainya terus berubah? Sudah lupa diri ke?

"M...maaf, s...signor..." Keira mengalihkan pandangannya dari Evender. Jantung sudah berdebar kencang. Haraplah jejaka itu dapat memaafkan kekhilafannya kali ini.

"It's okay, mia cara. Aku lagi suka bila kau banyak cakap daripada terus diam macam orang bisu," herdik Evender.

Keira hanya mengemam bibirnya. Langsung tidak terlintas di benak fikirannya untuk menatap lawan bicaranya saat itu.

"Listen! Kawan-kawan aku masih ada di bawah. Dia orang akan dinner dekat sini. Don't get too close to them and talk only when necessary. Understood, mia cara?" ujar Evender lembut namun tetap terselit amaran di tutur katanya. Rambut lembut Keira diselip ke belakang telinga. Ucapannya terdengar mengancam. Jangan sampai Keira berani melanggar perintahnya.

"H...ha? Erm, f...faham, signor..."

"Good." balas Evender mendatar.

"Damn! I'm so addicted to your lips, mia cara..." Ibu jari Evender mengusap lembut pipi Keira. Sebenarnya, apa yang dia mahukan sekarang ini? Huh!

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now