Chapter 12 : Hurt Her Again?

1.5K 56 3
                                        

                        LANGIT malam berlalu mengikut rentak waktunya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

LANGIT malam berlalu mengikut rentak waktunya. Pada malam gelap gelita itu, tubuhnya yang gagah perkasa tidak henti menguasai wanita lemah itu. Yang ada di dalam benak fikirannya hanya untuk memuaskan hasratnya tanpa mempedulikan akan rintihan wanita itu.

Evender membuka kelopak matanya ketika cahaya matahari menyembah wajahnya kerana menembusi cermin kaca. Senyuman sinis di bibirnya terukir sempurna setelah melihat pemandangan saat pertama kali matanya dibuka.

Wajah suci Keira ditenung tajam dalam dakapannya. Nampaknya, dia terlihat sangat bahagia di atas penderitaan seorang wanita yang tidak berdosa.

Tangan diangkat untuk merapikan rambut yang menutupi sebahagian wajah wanitanya. Ibu jari mengusap lembut pipi Keira yang sedikit chubby itu. Apa yang sudah terjadi pada lelaki itu? Kenapa tiba-tiba sahaja berubah menjadi sangat lembut setelah semalaman menjadi seekor serigala yang liar?

"Beautiful..." gumamnya tanpa sedar.

Manik hitam pekatnya menatap setiap inci wajah Keira. Tatapannya tidak pernah terlepas dari wajah wanita itu sampai kelopak mata sang empu terbuka. Jadi, Evender tetap setia menunggu Keira untuk membuka mata agar dirinya boleh menyambut wanita itu.

"Morning, mia cara..." sapa Evender dan terus mengusap lembut pipi cubby Keira. Sebelah tangannya lagi dijadikan sebagai bantal untuk Keira.

Mereka berdua terlihat sebagai sepasang suami isteri yang bahagia bukan? Namun sepertinya, mereka sangat jauh untuk digelar seperti itu.

Keira tidak menunjukkan apa-apa riak di wajahnya. Wanita itu masih mengerdipkan matanya kerana tidak mempercayai bahawa dirinya telah disambut oleh seorang lelaki yang sudah membuat batin dan fizikalnya hancur berkeping-kepingan. Keira seperti bermimpi ketika melihat Evender yang tersenyum lembut kepadanya.

"Aku tahu aku handsome. Kau tak payahlah nak tenung aku lama sangat," celoteh Evender.

Masih tidak ada reaksi daripada wanita itu.

Evender mengubah posisi Keira agar mengiring ke arahnya. Jari panjangnya mengusap lembut rambut wanita itu.

"Aku nak sangat hidup sepanjang masa dengan kau. In this mansion. Just you and me. Tak ada sesiapa yang boleh kacau apa yang kita buat. Membayangkannya saja dah buat aku jadi gila, sayang. Ya. Aku memang dah betul-betul gila kerana kau, mia cara..."

Keira tersentak atas apa yang dikatakan oleh Evender itu. Baru sahaja merasakan belaian tulus daripada lelaki itu, kini kembali hancur tatkala mengingat semula posisi dirinya yang tidak lebih dari seorang pemuas nafsu yang dibeli oleh ketua mafia itu.

Evender hanya mementingkan nafsu syaitannya daripada perasaan wanita yang tidak bersalah itu.

"Hari ni aku kena pergi office. Why not kalau kita... shower together?" Sebelah sudut bibir Evender terangkat. Dia kembali menampakkan seringai iblisnya itu.

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang