Chapter 20 : Became A Villain

1.2K 48 0
                                    

                    TIADA sebarang perbualan sedikitpun di antara mereka berdua sepanjang perjalanan yang sudah memakan masa lebih dari satu jam setengah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    TIADA sebarang perbualan sedikitpun di antara mereka berdua sepanjang perjalanan yang sudah memakan masa lebih dari satu jam setengah itu. Keira bungkam. Pandangannya hanya menunduk ke bawah.

"Sakit lagi?" Suara garau itu kedengaran. Tangan kekarnya terus mendarat di pipi mulus Keira. Evender dapat merasakan kehangatan dari wajah gadis itu. Nampaknya suhu badan Keira sangat tinggi saat ini.

"Sikit," Keira masih tidak berani untuk menatap wajah Evender. Tatkala melihat wajah Evender sahaja sudah memberi bayangan tentang apa yang dilakukan olehnya semalam. Sadis. Cukup sadis!

Tangan Evender menarik dagu Keira. Wajah mereka mula merapat.

"Signor, jangan! Nanti berjangkit," Keira memalingkan wajah ke kiri. Dia tahu apa yang akan Evender lakukan. Namun sengaja dielaknya kerana dirinya yang masih dalam keadaan sangat lemah.

"Fine." Evender menjeling malas. Kesal dengan sikap Keira yang selalu menolak dirinya.

"Signor, boleh saya tanya?" Mata Keira terus beralih menatap iris hitam itu. Dia ingin bertanya, sekaligus berharap.

"Hm, apa dia?" jawab Evender acuh tak acuh.

Keira menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan. Jantungnya berdetak tak keruan. Dia takut untuk bertanya namun dia sangat ingin tahu berkenaan dengan hal ini

"Signor akan buang saya ke kalau signor dah bosan dengan saya nanti?" soalnya perlahan.

Keira ingin mendengar jawapan daripada Evender sekarang. Keira berharap agar jawapan Evender tidak akan membuat dirinya kembali hancur dengan harapannya sendiri.

"Kau takut kalau perkara tu betul-betul terjadi?" Tidak menjawab malah bertanya semula. Huh!

Kepala Keira mengangguk kecil. "S...saya takut hidup sorang-sorang. Saya takut dengan dunia liar yang sangat kejam. Saya tak ada keluarga. Tak ada orang yang nakkan saya. Semua menghakimi hidup saya. Signor je yang nakkan diri saya walaupun hanya tubuh saya. T...tapi saya tetap bersyukur sebab ada juga orang yang pedulikan hidup saya yang sebatang kara ni. S...saya tak nak signor tinggalkan saya...macam apa yang orang lain buat pada saya."

Kalimat terakhir Keira membuatkan Evender terdiam sejenak. Kalimat yang selalu didengari olehnya dari mulut wanita-wanita yang pernah ditidurinya. Namun kali ini, maknanya berbeza. Nadanya juga sangatlah berbeza.

Jika sebelum ini Evender diminta untuk tidak meninggalkan para wanita itu hanya kerana harta dan pangkat semata-mata, kali ini berbeza dengan Keira.

Evender dapat melihatnya dari iris hazel gadis itu. Evender sedar bahawa Keira Elaine berbeza daripada wanita sebelum ini. Keira tidak mengharapkan hartanya. Dia hanya mengharapkan tempat untuk ia berlindung.

"Kau nak aku penuhi permintaan kau?" tanya Evender.

Kepala Keira sekali lagi mengangguk.

"Boleh. Tapi dengan satu syarat," Sebelah kening Evender terangkat bersama dengan seringainya.

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now