𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
SEORANG wanita bertubuh tinggi dengan surai hitam yang terurai panjang sedari tadi sedang leka memandangi keindahan kota malam dari kaca jendela penthousenya dengan secangkir teh hangat yang menemaninya.
Namun, dia tidak terlalu menikmati pemandangan indah itu. Fikirannya melayang entah ke mana. Yang jelasnya saat ini, fikirannya sedang memikirkan sesuatu yanh sudah disusun rapi sejak beberapa hari yang lalu.
Tok! Tok!
"Come in," Suara yang sangat lunak namun terkesan tegas itu berlalu di telinga sang anak buah yang mengetuk pintu tadi.
"Puan Xandra, saya ada informasi baru," kata sang anak buah.
Benar. Wanita itu ialah Xandra Aubrey. Sang isteri yang telah menolak surat cerai daripada suaminya.
"Apa dia?"
"Tuan Delrico dan perempuan tu dah sampai ke Itali. Saya dah hantar orang bawahan saya untuk kita jejaki mereka supaya cepat kita tahu di mana lokasi mansion baharu Tuan Delrico," jelas sang anak buah.
Xandra mengukir senyuman sinis saat mendengar keterangan daripada anak buahnya itu.
Jadi... Xandra menyusun rancangan untuk Keira ataupun Evender? Huh! Wanita itu memang ego dan keras kepala! Sudah dibuang, namun masih tetap ingin bertahan. Dia rela dipijak harga dirinya demi Evender. Wanita itu sudah naik gila!
"Good. Cari mereka secepat yang mungkin. Aku tak nak buang masa lagi. Dah, kau boleh pergi." arah Xandra.
Sang anak buah menundukkan badannya sebelum keluar dari bilik sang majikan.
"Evender Delrico... Kau ingat aku akan duduk diam lepas apa yang kau dah buat pada aku hm? Tak, sayang... Aku takkan duduk diam... Aku... Takkan lepaskan kau kali ni..." Setelah itu, botol wine yang berada di atas meja di sebelahnya terus diambil dan diteguk laju bagaikan tiada hari esok.
"Dan kau, Keira Elaine... Kau kena berambus dari dunia ni. Manusia macam kau tak layak nak menumpang hidup atas muka bumi ni. Sebabkan kaulah rumah tangga aku hancur! KAU MEMANG PEREMPUAN KOTOR!!!"
Genggaman tangan Xandra pada botol wine itu semakin erat. Dia boleh sahaja memecahkan botol itu dan melukai tangannya jika dia tidak terburu-buru menukar riak wajahnya menjadi lebih tenang.
Oh, jangan dilupakan juga seringai iblis yang masih terpampang jelas di riak wajahnya yang penuh dengan dendam membara itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.