𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"MALAM ni kita makan luar. Jason akan jemput kau. Jangan lambat pulak," ujar Evender sembari merapikan rambut Keira.
Semakin hari, Evender semakin terlihat tampan di mata Keira. Tidak. Bukan hanya di mata Keira malah para wanita lain juga pasti akan terpana tatkala melihat wajah Evender.
Termasuk juga dengan Naeva yang sedari tadi tidak mengalihkan pandangannya dari sang majikan. Dia manatap Evender dengan rasa cintanya. Tetapi tidak dengan Keira. Gadis itu tidak habis-habis ditenungnya dengan tajam. Dia cemburu melihat layanan Evender terhadap Keira. Sangat cemburu!
Gadis yang berusia muda daripadanya lebih beruntung kerana mendapat posisi lebih tinggi daripadanya. Impiannya yang ingin diratukan oleh Evender kini direbut oleh Keira. Keinginannya untuk dicintai dan dibelai oleh Evender juga direbut oleh Keira. Secara tidak langsung, Keira hadir ke dalam rumah agam ini seperti mahu merebut segalanya daripada Naeva.
Segala usaha Neva tidak pernah ada yang berhasil. Ia menjadi semakin hancur dengan kehadiran Keira. Hilang dan hancur. Naeva benci Keira. Sangat benci!
Dengan langkah yang penuh dendam, Naeva berjalan menyelusuri anak tangga menyusul Keira yang sudah masuk ke dalam kamar. Naeva akan kembali membuat kecoh dan mungkin hari ini akan lebih parah dari sakit yang Keira terima semalam.
Dan ya. Setelah menceroboh masuk ke dalam kamar sang majikan, Naeva terus menarik kasar rambut Keira yang sedang merapikan tempat tidurnya.
"Kau yang mengadu dekat Evender pasal semalam kan?! Kau memang sengaja kan?! Tak guna punya perempuan!!!" tengking Naeva.
"A...apa maksud akak? Saya tak cakap apa-apa pun pada signor..." ujar Keira dengan sisa tenaga yang berusaha untuk melepaskan cengkraman tangan Naeva pada rambutnya. Sepertinya tidak akan berhasil. Tenaga Naeva lebih kuat darinya.
"Kau ingat aku nak percaya cakap kau, hah?! Dasar pelacur!!! Kau memang siallah perempuan!!!"
Naeva menghempaskan tubuh Keira ke lantai dengan keras. Ini sudah melampau! Naeva kembali menyakiti Keira dan kali ini dengan lebih parah! Hujung kening Keira mengeluarkan darah kerana terluka akibat terbentur di hujung meja.
"Kau tunggu, Keira Elaine! Aku akan buat hidup kau lebih menderita daripada ni! Kau tunggu! Kau tunggu!!!" jerkah Naeva samhil menatap nyalang ke arah Keira yang sedang menahan kesakitan itu.
Sakit. Perih. Keningnya mengeluarkan darah dan sekarang air matanya ikut mengalir membasahi pipinya.
"Cik Keira!!!" Makcik Leah datang dengan pakaian yang sudah dilipat di tangannya. Wanita paruh baya itu langsung meninggalkan bawaannya dan berlari ke arah sang majikan yang terluka.