📱Massages:
+39 ***** ****
// send location //
Hello, baby girl! Jangan lupa
datang ya!Aku ada surprise untuk perempuan
murahan macam kau!🥂😘
TANGAN Keira terketar-ketar saat membaca mesej yang dihantar oleh nombor yang sama menghantar gambar Evender yang sedang tidur tempoh hari. Keira tahu, tidak lain dan tidak bukan pasti dia adalah isteri Evender. Wanita yang telah datang menyerangnya tempoh hari.
Tubuhnya masih lemah. Suhu tubuhnya juga belum menurun. Namun Keira tetap memaksa diri untuk bangkit dari tempat tidurnya dan berjalan keluar dari kamar dengan langkah yang sedikit terhuyung-hayang.
"Cik Keira?! Cik nak ke mana ni? Kalau cik perlukan sesuatu panggil je saya. Jangan bebankan diri macam ni..." Salah seorang pembantu rumah yang sedang membersihkan cermin tingkap itu terus memberhentikan kerjanya dan melangkah mendekati Keira. Bahu gadis itu dirangkul agar tidak tersembam jatuh ke lantai.
"L...lepas, kak... S...saya kena pergi..." Keira melepaskan rangkulan dari tangan pembantu rumah itu.
"Pergi mana, cik?" Pembantu rumah itu bertanya dengan nada penuh khawatir.
Keira tidak membalas. Gadis itu memilih untuk melanjutkan langkahnya menuruni anak tangga.
Sejumlah pengawal dan pembantu rumah yang sedang menjalankan tugasnya saat itu terus memandang Keira dengan penuh rasa takut dan khawatir. Mereka masih ingat akan arahan sang majikan untuk sentiasa menjaga Keira dan tidak akan membiarkan gadis itu terluka sedikit pun. Jika tidak, nyawa mereka akan jadi bayarannya.
Ketika menapak di anak tangga yang terakhir, hampir sahaja tubuh Keira tumbang ke bawah kerana keadaannya yang masih lemah. Jika tubuhnya tidak disambut oleh sang pembantu peribadi majikan, pasti dia sudah jatuh tergeletak di atas lantai keras itu. Syukurlah, Jason datang menyelamatkan Keiea tepat pada masanya.
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
Romans𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 ° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ ° Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri. Evender Delrico...