Chapter 49: Tears of Solitude

331 25 1
                                    

"CIK KEIRA?! Cik tak apa-apa ke? Susah hati makcik bila cik menghilang macam tu je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"CIK KEIRA?! Cik tak apa-apa ke? Susah hati makcik bila cik menghilang macam tu je..." ujar Makcik Leah tergesa-gesa dek kerana terkejut dengan kepulangan Keira dan majikannya secara tiba-tiba.

Keira dan Evender sudah selamat sampai di rumah agam yang gah lagi indah ini. Keira disambut dengan penuh meriah. Suasana rumah magam yang sunyi selama ini akhirnya terpecah dengan kepulangan insan yang dinanti.

"Saya okey je, makcik..." Hanya itu yang dibalas oleh Keira dengan senyuman terpaksa di bibirnya.

Makcik Leah turut membalas senyuman itu sebelum kembali melangkah kaki untuk menyusun semula pakaian Keira yang sudah dibasuh di tangannya itu.

"Makcik..."

"Ya, cik?"

"Bilik tidur sebelah ni bersih tak?" Keira menatap sayu wajah tua itu.

Sedangkan yang ditatap langsung mengerutkan dahinya kerana bingung dengan soalan yang baru sahaja didengarinya.

"Erm... bersih, cik. Setiap hari memang makcik akan bersihkan bilik tu," Makcik Leah menjawab.

Keira mengangguk kecil. Lantas, kedua tangannya meraih pakaian yang dipegang oleh Makcik Leah.

"Dah lewat ni, makcik. Makcik tidurlah dulu ya. Saya nak tidur kat bilik sebelah. Selamat malam..." Tanpa menunggu jawapan Makcik Leah yang masih terlihat keliru, Keira terlebih dahulu membuka bilik tidur itu.

Namun, saat pintu bilik terbuka, orang yang Keira sentiasa hindari kini berdiri tepat di hadapannya.

"Nak pergi mana ni? Kenapa tak tidur lagi?" Jarinya ingin mengusap kepala Keira namun gedis itu lebih pantas menghindar.

"Aku tidur bilik sebelah," ujar Keira mendatar. Hilang segala hormat kepada jejaka ini.

"Kenapa? Ni pun bilik awak juga kan? Tidurla sini dengan saya. Kalau awak tak ada, nanti saya suny..."

"Peduli apa aku?! Aku perlukan masa, Evender Delrico. Kau ingat senang ke aku nak lupa apa yang kau dah buat pada aku selama ni?" tutur Keira dengan tegas. Dia tidak ingin menatap mata sayu jejaka itu. Dirinya hanya akan semakin lemah saat manik hazelnya bertemu dengan iris hitam pekat itu.

Evender menghela nafas berat. Fikirnya, setelah Keira kembali ke dalam pelukannya, gadis itu akan memaafkan segala kesalahannya. Namun kenyataannya tidak. Semua itu hanya angan-angan sahaja.

"Saya tahu saya salah. Izinkan saya untuk jelaskan perkara sebenar pada awak. Saya tak pernah ber---"

"Diam! Diam... Aku penat...aku penat...aku penat nak dengar pembohongan kau lagi... Please... Leave me alone..." Keira lekas berjalan meninggalkan kamar mereka berdua yang penuh dengan memori indah, menyedihkan dan juga memedihkan...

"Jangan lama sangat, sayang... Saya tak sanggup nak berjauh dengan awak buat kali yang kedua..." lirih Evender.

"Bergantung pada fikiran dan perasaan aku." jawab Keira tanpa berniat untuk berbalik. Keira masuk ke dalam kamar yang selama ini dibiarkan kosong, mengabaikan Evender yang kini semakin diambang kehancuran.

Jangan salahkan Keira. Semua ini berpunca dari diri kau sendiri, Evender Delrico...

 Semua ini berpunca dari diri kau sendiri, Evender Delrico

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEKECEWAAN besar menyelubungi diri gadis itu saat ini. Kepercayaannya terhadap jajaka yang amat dicintainya hancur berkeping-keping. Hati lembutnya yang selama ini sentiasa ditikam bertubi-tubi kini keras bagai tiada rasa.

Ini sudah hari kedua Keira mendiamkan diri dan mengabaikan Evender. Meskipun jejaka itu berusaha untuk mengembalikan keadaan seperti sediakala, namun Keira tetap teguh pada pendiriannya.

Tidak peduli dengan Evender yang terus membuka topik perbualan, dia terus fokus dengan sarapannya sahaja.

Ting!

Dengan kasar, Evender menghempas sudu dan garfunya di atas meja. Habis sudah kesabarannya. Dia tidak tahan lagi dengan kebisuan Keira. Meskipun baru dua hari, namun Evender tidak dapat menahan. Tujuannya membawa Keira kembali bukan untuk diabaikan!

"Berapa lama lagi saya kena tunggu? Tak cukup ke dua hari ni awak abaikan saya? Ya! Saya mengaku saya salah! Saya nak jelaskan semuanya pada awak, tapi awak?! Awak tak penah pun nak dengar apa yang saya cakap!" Evender terus melangkah meninggalkan Keira dan makannya yang masih tersisa.

Dia harus pergi. Jika tidak, dia takut sekiranya dia tidak dapat mengawal amarahnya dan kembali menyakiti Keira. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak lagi menyakiti Keira.

Keira merenung kepergian Evender yang semakin menjauh dan menghilang.

"Ni baru sikit aku hukum kau, Evender. Tapi kau dah menyerah macam tu je? Macam mana kalau aku mati nanti? Adakah kau akan kuburkan diri kau hidup-hidup juga?" gumam Keira yang hanya didengari oleh pancainderanya sahaja.

 Tapi kau dah menyerah macam tu je? Macam mana kalau aku mati nanti? Adakah kau akan kuburkan diri kau hidup-hidup juga?" gumam Keira yang hanya didengari oleh pancainderanya sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue...

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now