𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
WAKTU benar-benar berjalan dengan sangat pantas. Baru pagi tadi Keira berdebat dengan Evender kerana kecurigaan yang amat menyakitkan hati, kini langit sudah menggelap begitu sahaja dan tanda-tanda untuk Evender pulang pada malam ini memang tiada.
Evender semakin aneh sejak beberapa hari ini. Selalunya, dia pasti akan selalu pulang ke rumah agam kerana Keira yang sudah tinggal di situ. Bahkan lebih awal dari jam yang sepatutnya. Dahulu, Evender sangat mengutamakan Keira namun sekarang?
Wajar saja jika seorang perempuan mencurigai lelaki yang dicintainya tidak pulang dengan alasan bekerja. Takkan sampai macam tu sekali? Mengutamakan kerja dari segalanya? Huh!
Baik. Keira sudah sedia maklum tentang Evender yang memang tidak akan pulang kerana tugasan kerja yang banyak. Tetapi bagaimana pula dengan Jason selaku orang kanan Evender?
Mengapa lelaki itu justeru meninggalkan sang majikan? Bukankah mereka bekerja di satu syarikat yang sama? Dan itulah penyebab mengapa Keira semakin mencurigai jejaka yang bernama Evender Delrico itu.
Jason selalu berada berdekatan dengan Evender ke mana pun jejaka itu pergi dengan menjalankan tugas memandu kereta. Tetapi hari ini? Jason pulang ke rumah agam lebih awal daripada Evender dengan menggunakan kereta yang sama. Bagaimana pula jika majikannya ingin pulang? Tidakkah Jason terfikir akan perkara sebegitu rupa? Mungkin kerana ia adalah satu arahan. Evender is a billionaire. Bila-bila masa sahaja dia boleh menyuruh pekerjanya untuk menghantarkan mana-mana jenama kereta yang ingin dia pandu.
"Oh? Cik Keira belum tidur lagi? Dah lewat ni," soal Jason saat berselisih dengan Keira di dapur.
"Jason, boleh saya tanya sesuatu?" Iris hazelnya menatap dalam ke arah iris hitam Jason yang sudah kelihatan sedikit bergetar.
"Oh, erm...silakan Cik Keira. Lagipun, tak perlu nak minta izin pun. Tanya je apa-apa pun," balas Jason ramah.
"Betul ke signor tengah sibuk dengan urusan kerja?" soal Keira lembut.
"Ya, Cik Keira. Bukan ke signor dah beritahu tentang perkara ni?"
"Tapi raut wajah awak tak sama macam apa yang awak cakap, Jason," ujar Keira dengan nada mendatar.
Jason semakin gugup dengan Keira yang semakin mencurigainya. Jason tidak pandai berbohong dan Keira pandai mendesak seseorang.
"Saya tahu awak orang kanan signor. Tapi...boleh tak kalau awak jujur je pada saya? Sejak saya masuk dalam kehidupan signor, saya adalah milik dia. Dan milik dia sekarang nak tahu sangat dekat mana sang pemilik berada sekarang. Please...hanya awak je yang mampu..."
Ting!
Notifikasi telefon pintar yang berada dalam genggaman Keira bergetar bersama dengan nada deringnya.
Aplikasi Messages dibuka. Keira sangat berharap itu adalah Evender yang mengirimkan mesej bahawa dirinya sedang menuju ke arah rumah agam dan bukanlah scammer yang sentiasa mengirimkan mesej yang bukan-bukan.