Chapter 23: Lamentation

890 39 0
                                        

8

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

8.00 a.m. Moscow, Russia.

Drrttt... drrttt...

                    "SIGNOR, maaf mengganggu. Sir Declan dan ketua mafia lain sudah menunggu kedatangan signor di lobi." ujar Jason kepada Evender di atas talian.

"Tch! Kenapa awal sangat? Meeting pukul 12 kan?" Evender sudah memasang wajah kesalnya. Ini masih terlalu pagi untuk membahaskan tentang dunia mereka yang mengerikan.

"Sir Delcan beritahu saya yang dia nak bersarapan bersama dengan signor dan ahli-ahli yang lain jugak. Dia cakap yang dia dah call signor tadi, tapi signor yang tak angkat. Jadi Sir Delcan call saya dan suruh saya sendiri yang beritahu kepada signor," jelas Jason membuatkan Evender kembali berdecak kesal.

"Fine. Bagitahu dekat dia orang aku sampai dalam 15 minit lagi," kata Evender malas.

"Si, signor. Erm, signor perlukan apa-apa tak?" tawar Jason.

"Hm, kau orderkan breakfast untuk Keira dan suruh pekerja hantar ke bilik aku. Then, suruh dalam dua ke tiga orang suruhan kau untuk berjaga dekat depan bilik aku. Kau tahu kan musuh aku ada dekat mana-mana je. And mungkin jugak salah satu dari dia orang tu akan jadi musuh aku,"

"Baik, signor."

Evender terus menamatkan panggilan tanpa basa-basi. Setelah itu, telefon pintarnya itu terus dicampak ke atas katil.

Evender melirik ke arah Keira. Ternyata gadis itu telah bangun dari lenanya.

"Kau dah bangun? Lepas aku siap mandi baru kau mandi ya. Aku kena jumpa orang penting pagi ni," kata Evender lembut.

"Pagi ni ke? Awalnya..." Keira memasang raut kesal.

"Dia orang tu yang mengada-ngada nak breakfast dengan aku," Evender berlalu ke arah almari untuk mengambil tuala mandi.

"Jadi saya duduk sorang-sorang lah dalam bilik ni? Makan pun sorang-sorang?" Keira memuncungkan bibirnya. Dia tahu nanti pasti dia akan bosan apabila ditinggalkan sendirian.

"Bukan kau dah biasa ke, sayang?" Evender terkekeh.

"Yalah. Tapi pagi ni saya makan dengan signor..." Keira menarik tangan Evender hingga dia terduduk di atas katil.

Evender menarik sebelah sudut bibirnya tatkala melihat Keira yang sangat berbeza dari sebelumnya. Dan Evender...amat menyukainya.

"Tak apa. Kita lunch sama-sama nanti. Pagi ni kau breakfast lah dulu sorang-sorang ya? Kalau bosan sangat kau boleh panggil pekerja perempuan aku untuk temankan kau,"

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang