𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍
𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷
° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ °
Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri.
Evender Delrico...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
EVENDER DELRICO benar-benar mengajari Keira bagaimana caranya untuk menghabiskan duit ala orang kaya. Dia membawa Keira ke pusat membeli-belah yang lebih besar dari sebelum ini. Evender Delrico benar-benar akan menghamburkan segala duitnya pada hari ini.
"Dress merah ni aku rasa memang sesuai untuk kau. Kau masuk dalam tu dulu dan pakai dress ni," arah Evender sambil menghulurkan gaun pilihannya kepada Keira.
Keira hanya menuruti kehendak Evender. Dia bergegas ke ruangan persalinan untuk mencuba gaun yang telah diberikan kepadanya.
Jika berfikir secara logik akal, gaun itu bukan terlihat sesuai untuk dipadankan dengan gadis remaja. Tetapi ia terlihat seperti gaun untuk wanita nakal. Tidakkah itu seperti merendahkan lagi maruah diri Keira jika dia memakainya?
Keira membuka semula langsir ruangan persalinannya setelah gaun itu dipakai pada tubuhnya.
Jelaslah kelihatan senyuman miring dari bibir Evender setelah melihat Keira berpakaian seperti itu di hadapannya. Kakinya mula berjalan mendekat ke arah Keira.
"Beautiful. This dress is so... Damn! I can't believe this, mia cara! You're look so... argh! Did you like it?" soal Evender setelah bediri tegak di hadapan Keira.
"T...tapi... B...baju ni terlalu kecil untuk saya, signor..." ujar Keira dengan wajah yang menunduk takut.
"Signor lagi?"
"Err... S...saya lebih selesa dengan panggilan tu..." balas Keira tanpa melihat ke arah Evender.
Senyuman miring Evender masih kekal bertahan. Sebelah tangannya menarik dagu Keira agar bertatapan dengan wajahnya.
"Aku. Tetap. Tak. Suka." Sepatah demi sepatah Evender menuturkannya. Kedengaran seperti amaran yang terselit di sebaliknya. Dan itu mampu membuat tubuh Keira merinding ketakutan. Aik? Semalam okey je?
Evender memundurkan bandannya selangkah demi selangkah tanpa mengalihkan pandangannya dari merenung dalam ke arah Keira. Entah apa yang berlegar di benaknya pun tak tahu.
"Kau nak pakai terus dress tu ke atau nak masukkan dalam paper bag dulu, hm?"
Keira terus mengangkat wajahnya dan digeleng dengan cepat. "P...paper bag!" Laju dia menjawab.
"Fine. Tukar baju kau dulu. Serahkan baju tu ke staff. Aku tunggu dekat luar. Ingat. Jangan lama sangat. Aku tak suka tunggu orang!" tekan Evender lalu berlalu pergi meninggalkan Keira yang masih menanggung malu kerana masih mengenakan gaun itu.
"Aku memang dah tak ada harga diri lagi..." gumam Keira sendirian sebelum dia kembali masuk ke dalam ruangan persalinan untuk mengganti pakaian asalnya.