DA 1 - Permulaan

13.7K 79 8
                                    

"Congratulation! Happy anniversary, sayang," ucap Emran sambil mengucup pipi isterinya.

Amyra terharu serta teruja dengan kejutan yang dilakukan suaminya. Dia sendiri tidak menyangka yang suaminya masih mengingati ulangtahun perkahwinan mereka.

"Sedar tak sedar dah 20 tahun, kan sayang?" ujar Emran lagi.

"Babah tak ada belikan hadiah untuk Mama ke?" tanya Ekin, anak sulung mereka berdua.

"Eh, mestilah ada..." jawab Emran sambil mengambil sesuatu dari beg kerjanya.

Di tangan Emran terdapat sebuah kotak berbentuk segi empat tepat. Amyra sendiri tidak dapat meneka sama ada ianya jam atau barangan kemas. Sebaik sahaja dia membukakan kotak tersebut, terpaparlah rantai bertatahkan berlian.

"Wow..." itulah perkataan yang terbit keluar daripada bibir Amyra sebaik melihat rantai tersebut.

Dia mengetahui nilai rantai di tangannya, harganya pasti melepasi 20 ribu ringgit. Mukanya terasa panas sehinggakan dia terpaksa mengipas-ngipaskan dengan tangan ketika Emran memakaikan rantai pada lehernya di hadapan ketiga-tiga anak mereka.

"Mama suka tak?" tanya Naim, satu-satunya anak lelaki mereka berdua.

Amyra tersenyum menjawab, "of course-lah Mama suka."

Sejurus selepas menjawab soalan Naim tadi, dia terus mencium bibir suaminya biarpun dia malu untuk menunjukkan kemesraan sebegitu di hadapan anak-anak.

"Okey, siapa nak kek?" tanya Emran sebelum memotong kek di hadapan keluarganya lalu mengagihkan kepada anak-anaknya.

Amyra tersenyum melihat gelagat anak-anaknya yang berebut-rebut mahu mengambil pinggan kek dari tangan bapa mereka. Sambil memegang rantai di lehernya, Amyra termenung jauh. Dia dan suaminya masih lagi tidak berbincang tentang masalah yang dihadapi mereka berdua.

Nobody wants to talk about the elephant in the room.

Sebaik menyimpan rantai pemberian Emran ke dalam bekas simpanan barangan kemas, Amyra menyapu losyen pada tangan, kaki serta leher. Kemudian dia membelek-belek wajahnya di hadapan cermin, umurnya telah pun genap 38 tahun pada tiga bulan yang lalu. Membuatkan dia sedikit insecure dengan rupanya yang semakin menua.

"I nak keluar balik, nak terus ke Pantai Timur. Maybe I terus pergi kerja on Monday," beritahu Emran.

"The whole weekend dekat sana?" tanya Amyra terkejut.

"Ya, macam you tak biasa. I kena handle projek mega Dato' Jaafar. Kalau semua okey, I boleh dapat bonus besar hujung tahun ni," terang Emran sambil menyisir rambut di hadapan cermin.

Amyra hanya berdiam diri dengan tidak berkata apa-apa. Dia takut sekiranya apa yang keluar dari bibirnya nanti akan menimbulkan perbalahan lidah di antara dia dan suaminya.

Setakat ini sudah dua kali Emran melafazkan talak dan merujuk kembali. Sekiranya terlafaznya buat kali ketiga, maka akan tamatlah kehidupan mereka berdua sebagai suami isteri.

Emran terus melangkah keluar dari bilik dengan tidak perasan Amyra sedang menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

Di hatinya bertanya, 'aku ni dah tak menarik ke?'

Selaku ibu yang berkerjaya, adakalanya dia berfikir, adakah kerana dia tidak sempat menjaga diri menyebabkan suaminya bersikap dingin?

Dari sudut luaran mereka nampak bahagia, dengan tiga orang anak. Iaitu Ekin, Alisya dan Naim. Emran pula selalu menghadiahkan barangan kemas, beg tangan, kasut serta pakaian berjenama.

Diari Amyra [Complete]Where stories live. Discover now