DA 12 - Kekecohan Bahagian 1

4.6K 46 3
                                    

Belum sempat Alisya menunjukkan arah di mana kakak dan adiknya berada, mereka berdua terdengar kekecohan di bahagian dalam pusat permainan video tersebut.

Didorong naluri keibuan yang kuat, Amyra terus berjalan meluru ke arah tempat tersebut kerana merasakan seperti ada sesuatu yang tidak baik sedang berlaku kepada anak-anaknya.

Kelihatan seorang lelaki bertubuh besar berusia di dalam lingkungan 20an sedang mencengkam kolar baju Naim sehinggakan dia terpaksa menjengketkan kakinya.

“Saya mau kenal dengan kakak kamu je...yang kamu kurang ajar sangat ni, kenapa?” kata lelaki itu.

Naim memberanikan dirinya dengan membalas, “kakak aku cakap dia tak nak, kan? Yang kau paksa-paksa pegang tangan dia tu apahal?”

Lelaki itu berang mendengar jawapan yang diterima dari mulut Naim. Seumur hidupnya belum pernah lagi ada yang berlagak berani di hadapannya.

Di dalam masa yang sama, Amyra terdengar perbualan lelaki di sebelahnya berkata, “habislah budak tu...dahlah Henry tu anak Tai Long kawasan ni.”

Kawannya mengeluh berkata, “nanti pengurusan mall mesti cakap salah budak tu, bukan salah Henry dekat polis. Macam yang jadi bulan lepas.”

“Eh, mestilah...kalau tak Tai Long tu bawak geng dia cari pasal kat dalam mall ni, pening kepala pengurusan mall ni nanti,” balas lelaki tadi.

Risau akan masa depan dan keselamatan anaknya, dia terus menghampiri Henry dan Naim. Seterusnya dia berkata, “saya minta maaf bagi pihak anak saya ni, boleh tak encik lepaskan anak saya? Dia baru tingkatan satu, tak tahu apa-apa lagi.”

Henry memandang Amyra atas bawah sebelum melepaskan genggaman tangannya pada kolar baju Naim.

“Naim bawa kakak, tunggu dengan Alisya dekat entrance sana,” beritahu Amyra sambil menolak perlahan tubuh Naim.

Serentak itu Henry meninggikan suaranya, “nak pergi mana? Anak kamu ni sudah buat kurang ajar dengan saya. Kurang ajar dengan saya, maknanya kamu kurang ajar sama bapak saya juga!”

Amyra menyusun sepuluh jarinya berkata, “tolonglah...saya betul-betul minta maaf bagi pihak anak saya ni. Kalau perlu bayar ganti rugi, saya boleh bayarkan.”

Sekali lagi Henry melihat Amyra atas dan bawah sambil memegang dagu seperti sedang memikirkan sesuatu. Seterusnya dia membuat gerak tangan kepada Naim menyuruhnya pergi dari situ bersama dengan kakaknya.

Amyra segera menolak belakang badan anak-anaknya sebelum lelaki itu mengubah fikiran. Sekali lagi dia meminta mereka berdua menunggu di pintu masuk pusat permainan video tersebut bersama Alisya.

Sebaik melihat Naim dan Ekin sudah jauh darinya, dia berkata, “terima kasih sangat-sangat sebab lepaskan anak saya...”

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Henry telah memotong katanya, “jom duduk sana...kita bincang sama ada saya boleh lepaskan anak kamu tu atau saya kena panggil bapak datang sini.”

Amyra dengan segera berkata, “eh, tak payah panggil bapa encik. Kita boleh bincang baik-baik.”

Henry mengajak Amyra duduk di kerusi permainan video terpaling hujung sekali sambil kawan-kawannya yang lain sedang mengarahkan orang ramai yang berkumpul tadi supaya bersurai.

Di dalam masa yang sama, Ekin, Alisya dan Naim terdengar perbualan salah seorang berkata, “kau rasa apa jadi dengan kakak tu?”

“Kena rabalah apa lagi? Tu pun kalau nasib baik...silap-silap kena jadi perempuan simpanan Tai Long tak pasal-pasal”, terang kawannya.

Diari Amyra [Complete]Where stories live. Discover now