Sewaktu di kawasan parkir kenderaan, Amyra bertanya, “eh...betul ke aku kena pakai baju sukan ni nanti?”
“Betullah...kan kita dah decide masa shopping hari tu?” balas Ziela.
“Malulah...aku ni dahlah pakai tudung, sekali baju sukan seksi,” kata Amyra.
“Kau buka jelah tudung, buka sekarang. Kalau tak, nanti orang pelik...masuk pakai tudung, keluar free hair. Huhu,” Ziela menghasut.
Sedang Amyra masih mempertimbangkan cadangan daripada kawan lamanya itu, Ziela menambah lagi, “try je...be confident. Semua ni akan bantu build kau punya self-confidence.”
Amyra mengeluh panjang sambil tangannya menanggalkan tudung sepertimana yang dicadangkan kawan baiknya tadi.
“Rambut aku okey ke?” tanya Amyra sambil mengikat rambutnya.
“Hmmm...okeylah. Tapi, lepas ni kita pergi salon okey? Bagi cantik lagi rambut kau,” cadang Ziela dengan mengusap rambut Amyra.
“Lah...nak buat rambut pula lagi,” keluh Amyra.
Ziela terus memujuknya, “relaks-lah, babe...bukannya selalu, kan? Put your trust in me”
Amyra akur membuka tudung, lalu mencampakkannya ke tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta. Kemudian, berjalan menuju ke arah pusat membeli-belah bersama-sama dengan kawan baiknya.
Ketika di dalam pusat membeli-belah, Amyra asyik memegang rambutnya kerana tidak selesa tampil di khalayak ramai dengan tidak memakai tudung.
“Eh, relakslah...kau dulu kat sekolah pun kau biasa free hair lepas lompat pagar, kan? Hihi,” pujuk Ziela sambil memeluk bahu kawannya.
Terus sahaja dia menghadiahkan siku runcingnya kepada rusuk kawan baiknya itu kerana mengungkit kisah lama mereka ponteng sekolah dahulu.
Kenakalan mereka itu akhirnya membawa padah dan seterusnya menyebabkan mereka menerima beberapa hayunan rotan di dalam bilik Guru Disiplin.
‘Hmmm...’ Amyra kurang senang sebaik teringat kembali Guru Disiplin sekolahnya dahulu.
Sedang fikirannya melayang, tiba-tiba telefonnya berbunyi, “kaching!”
“Eh, kau mesej siapa? Dari hari tu aku tengok?” tanya Ziela.
“Adalah...” jawab Amyra sambil menyorokkan skrin telefon pintarnya.
“Eh...dah pandai nak rahsia-rahsia dengan aku sekarang? Biar aku teka, hurm...barista handsome hari tu?” teka Ziela sambil meletakkan jari telunjuk pada dagunya.
Amyra terkejut terus bertanya, “eh, mana kau tau?”
Ziela dengan muka penuh berlagaknya berkata, “ni akulah... walaupun kita ni dah lama tak contact, tapi kau jangan lupa aku ni bff kau sejak dari sekolah rendah lagi.”
Amyra kemudiannya tersengih-sengih menyilangkan lengannya pada lengan Ziela serta melentokkan kepala pada bahu kawan baiknya itu.
Lalu Ziela bertanya, “dia ada kawan tak? Kenalkanlah dengan aku.”
Memikirkan kawannya yang masih solo itu, Amyra menjawab, “nanti aku tanya dekat Hariz.”
“Ooohhh...Hariz ke nama dia. Huhuhu. Eh, tu dia gym yang aku cakap hari tu...” kata Ziela menunjukkan ke arah premis tersebut.
Setelah selesai mendaftar di gimnasium, mereka berdua terus menukar pakaian sebelum menyimpan beg serta pakaian di dalam loker yang disediakan. Hati Amyra berdebar-debar berjalan keluar dari bilik persalinan.
YOU ARE READING
Diari Amyra [Complete]
Short StoryAmyra merupakan ibu kepada tiga orang anak, bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat swasta. Di sebalik kehidupannya yang nampak bahagia itu, terselit kesepiannya kerana diabaikan suami yang hanya sibuk dengan kerjanya. Pertemuan semula de...