Hati Amyra berdebar-debar menunggu di sebuah coffee house yang terletak berhampiran dengan lobi hotel. Pada bulan lepas, dia telah memberikan jawapan kepada Emran dan pada hari ini, dia akan diperkenalkan kepada lelaki yang akan menjadi cina buta nanti.
‘Erghh…betul ke keputusan yang aku buat ni?’ tanya Amyra di dalam hati sebelum menjeling ke arah Emran yang dilihat begitu tenang sahaja menaip sesuatu pada skrin telefon pintar.
‘Dia ni tak ada perasaan ke? Aku dah nak kena bagi dekat orang lain ni…ataupun, lelaki memang macam tu?’ tanya Amyra lagi.
Amyra turut mengaitkan dengan abang kandungnya yang dengan senang-senang sahaja mahu mewalikan pernikahan yang akan diadakan secara sembunyi-sembunyi nanti. Lebih menyedihkan lagi apabila abangnya begitu cepat bersetuju sebaik mendengar Emran akan memberikan sejumlah wang kepadanya bagi menutup mulut.
‘Tapi, aku tak boleh nak salahkan dia seratus peratus…dia memang ada masalah duit,’ kata Amyra memujuk diri.
Namun, jauh di sudut hatinya tetap merasa tidak tenteram kerana dia dan abangnya bagaikan berpakat membelakangi ibu mereka untuk merahsiakan cina buta tersebut.
Tiba-tiba Amyra tersentak dari lamunan, tangan Emran menyentuh tangannya dan berkata, “relaks…tak lama pun, lebih kurang dalam seminggu je.”
Amyra mengangguk faham. Di hatinya tetap berkata, ‘kalau kurang tu tak apalah, kalau lebih seminggu macam mana? Dahlah aku tak kenal lelaki tu siapa…’
“Sorry, sorry…conference meeting habis lambat pula,” ucap seorang lelaki menghampiri meja mereka berdua.
Perlahan-lahan mata Amyra memandang ke arah lelaki tersebut, dengan serta-merta mukanya pucat. Biarpun dia sudah lama tidak melihat muka lelaki tersebut, tetapi dia tidak pernah sesekali melupakannya.
Emran serta-merta bangun bersalaman dengan lelaki tersebut sebelum berkata dia perlu membuat satu panggilan telefon sebentar. Dia meminta Rafael berkenalan terlebih dahulu dengan Amyra.
“Well, well, well…what do we have here?” ucap Rafael tersenyum sinis.
Wajah Amyra masih lagi pucat. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dia bangun dan meninggalkan coffee house tersebut.
“Eh, jangan. I tahu apa you nak buat. Better jangan…kalau tak, bekas suami you akan tahu perangai sebenar you dekat sekolah dulu,” Rafael mengugutnya.
“Kau tak tahu apa-apa pasal aku,” ucap Amyra dengan matanya yang mula berkaca.
“You pasti? Haha…aku boleh mula cerita dengan apa yang terjadi dekat kawan kau, Ziela. Kawan yang mengorbankan daranya untuk kau…tapi, tentulah aku akan tokok tambah bagi menarik. Contoh macam cerita kau dan Ziela pergi parti seks dekat pusat karaoke...?” ugut Rafael mahu mengawal Amyra
“Aku tak buat apa-apa dekat situ, aku ada Ziela sebagai saksi aku,” tegas Amyra.
“Hahaha…cakap siapa yang suami kau akan percaya? Aku bersama testimoni Selina ataupun Ziela yang high ketika kejadian? Kau tentu tak nak aku buka cerita apa yang terjadi dekat bilik guru disiplin, kan? Selina dah ceritakan semua dekat aku,” sekali lagi Amyra merasakan dirinya bagaikan tersepit.
Selina, merupakan penolong pengawas dan juga merupakan orang kuat guru disiplin. Dia juga yang membantu Cikgu Reza merosakkan gadis-gadis di sekolahnya dahulu. Amyra hanya terselamat di atas keberanian Ziela yang menjerut tali leher Cikgu Reza sehinggakan dia terlantar disebabkan strok.
Dua kali Ziela telah menyelamatkannya. Kali pertama dahulu, ketika Amyra berjaya mendekati crush pertamanya, Rafael. Pemain bola sepak yang pernah mewakili sekolah menengah mereka dahulu.
YOU ARE READING
Diari Amyra [Complete]
Short StoryAmyra merupakan ibu kepada tiga orang anak, bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat swasta. Di sebalik kehidupannya yang nampak bahagia itu, terselit kesepiannya kerana diabaikan suami yang hanya sibuk dengan kerjanya. Pertemuan semula de...