DA 48 - Cerita Bahagian 1

2.1K 30 1
                                    

“Ini Muszaphar, kan?” tanya Emran.

“Eh, lama tak nampak. Emran, kan?” balas Muszaphar atau lebih mesra dengan panggilan Mus.

“Haha. Aku ingatkan dah salah orang dah tadi,” Emran ketawa besar sambil menepuk bahu Mus.

“Nak buat macam mana, last kita jumpa 10 tahun lepas, kan? Di satu konvensyen dekat China,” kata Mus.

“Sekejap, takkan kita berbual sambil berdiri je? Jom kita lepak minum,” pelawa Emran.

Mus tergelak kecil bertanya, “orang sibuk macam Encik Emran ni ada masa ke nak lepak minum dengan orang macam saya?”

Emran menjawab, “orang yang pernah selamatkan saya dari kena scam di China, mestilah sentiasa ada masa.”

Setelah berbual hampir tiga jam, barulah Emran bertanya soalan yang lebih peribadi, “aku tengok kau ke mana-mana pun sorang je? Kalau orang lain mesti bawa isteri sekali.”

“Tak best-lah pergi kerja bawa bini…dia ingat jalan-jalan, padahal kita bekerja,” terang Mus.

Emran menganggukkan kepala. Dia juga tidak pernah membawa Amyra bersama dengannya ketika mempunyai kerja di luar negara dahulu.

Mus berkata di dalam nada yang perlahan, “lagipun, saya dah lama dah bercerai.”

“Oh…sorry to hear that,” ucap Emran.

“Tak ada apa-apalah. Semuanya mutual, tak larat rasanya. Balik membebel, tak balik lagilah membebel,” cerita Mus sambil memandang jauh.

“Dalam erti kata lain, lebih selesa bergerak sololah?” kata Emran tersengih.

Yup, that’s right!” ucap Mus tersenyum menggoyangkan jari telunjuknya.

Lalu giliran Mus pula bertanya, “Encik Emran pula bagaimana?”

Emran mengeluh sebelum menceritakan segala-galanya kepada Mus. Lantas meletakkan Mus di dalam keadaan serba salah kerana menanyakan soalan yang sama kepada Emran. Lebih teruk lagi apabila dia mendengar Emran menyampaikan hasratnya.

“Encik Emran biar betul? Kita ni baru je berjumpa balik,” soal Mus.

“Aku rasa keputusan ni tepat. Siapa lagi aku nak percaya kalau bukan lelaki yang pernah selamatkan aku dulu? Nyaris nak kena dengan sindiket pemerdagangan orang. Aku tak boleh bayang, kalau aku terlibat menyeludup orang masuk,” beritahu Emran.

Belum sempat Mus berkata apa-apa, Emran terlebih dahulu berkata, “lagipun, kita ni tak berjumpa selalu. Kira tak berapa awkward-lah…kalau berjumpa pun pasal kerja.”

Mus menganggukkan kepala sebelum berkata, “oh, saya ni…eh, sekejap? Pasal kerja?”

Emran menghampiri tempat duduk Mus dan berkata di dalam nada yang perlahan, “syarikat aku sedang mencari sub-kontraktor yang boleh mengeluarkan produk yang mana syarikat kau ada bekalkan. Kira nak tolong kawan sikit tu, bolehlah…hahaha.”

Mus tergelak besar bersama dengan Emran. Lalu dia berkata, “macam inilah, saya tak kisah sebenarnya. Encik Emran boleh fikirkan masak-masak dulu, kalau jadi saya okey. Tak jadi pun tak apa…yang penting kerja tu…hahaha.”

Di dalam masa yang sama, ketika ini Amyra terpaksa membawa anak sulungnya, Ekin dan juga kawan-kawan baiknya pergi bercuti di pulau. Segala-galanya dilakukan demi menutup mulut anak perempuannya.

Auntie, betul ke auntie drive bogel?” tanya Pui Ting tersengih-sengih dari tempat duduk belakang.

“Puting, kan kita dah cakap tak nak ungkit lagi?” tegur Ekin.

Diari Amyra [Complete]Where stories live. Discover now