"Dah sedia untuk sesi hari ni?" tanya Andy.
Amyra menganggukkan kepalanya menandakan yang dia sudah pun bersedia. Sudah hampir enam bulan dia mengunjungi gimnasium itu secara konsisten bersama kawannya, Ziela.
Kesannya dapat dirasai pada bahagian lengan dan pahanya yang sudah semakin mengecil serta tepi pinggangnya pula semakin ramping. Perutnya juga sudah mula menampakkan four packs.
Bukan itu sahaja, staminanya juga sangat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum dia mendaftar di gym tersebut.
Pada awal dahulu, dia hanya mahu menyibukkan dirinya supaya tidak terlalu memikirkan tentang perceraian dengan bekas suaminya. Jadi, dari pagi dia akan sibuk bekerja, pulang dari kerja terus ke gym dan seterusnya pulang ke rumah menemani anak-anak menyiapkan kerja sekolah.
Di dalam masa yang sama, Andy juga tidak membiarkan dia merasai senaman yang dilakukan semakin mudah. Sebaliknya dia selalu menambah kesukaran senaman dari masa ke semasa.
"Hari ni kita buat senaman untuk bahagian lower body," beritahu Andy sebaik Amyra selesai melakukan senaman kardio.
Amyra meneguk botol minumannya sambil merasai peluh mengalir keluar membasahi tubuhnya yang hanya memakai sports bra serta berseluar legging pendek.
Kini dia merasakan lebih yakin untuk memakai pakaian sebegitu seksi biarpun menjadi tumpuan mata ramai lelaki yang berada di dalam gym tersebut. Amyra juga perasan mata nakal Andy adakalanya terpaku mengamati tubuhnya yang semakin fit itu.
"Break lima minit, saya nak pergi ke ofis sekejap," beritahu Andy meninggalkan Amyra yang sedang menutup botol minumannya.
Sekali lagi dia mendapat idea yang agak nakal. Setelah memerhatikan tiada sesiapa berhampiran dengannya, Amyra terus menangkap gambar selfie pakaian sukan yang dipakainya. Sama seperti kebiasaannya, dia tidak memakai pakaian dalam. Jadi puting serta alur cipapnya boleh dilihat dari sudut-sudut tertentu.
Dia terus memuat naik gambar ke aplikasi Charla sambil tersenyum puas. Selain daripada bekerja, bersenam dan menguruskan anak-anak, aplikasi Charla mampu mengalihkan perhatiannya daripada berterusan memikirkan tentang dia dan Emran.
Media sosial yang lain telah lama diabaikannya kerana keluarganya dan juga keluarga Emran telah pun mengetahui tentang perceraian mereka.
Di dalam masa yang sama, dia merasakan dirinya tidak cukup kuat melihat gambar yang dimuat naik oleh keluarga Emran. Biasanya gambar-gambar tersebut adakalanya mengandungi foto terkini Emran yang tersenyum gembira di samping keluarganya.
Sedangkan Amyra pula masih belum mampu untuk menjadi seceria bekas suaminya. Dia melihat senyuman Emran bagaikan gembira dan bebas tanpa perlu menjawab pertanyaan Amyra setiap kali pulang kerja lewat atau tidak kembali ke rumah.
Hatinya berdebar-debar menantikan reaksi serta respon daripada pengikut-pengikut akaunnya. Sebaik dia menyimpan telefon pintarnya di dalam posh bag, barulah dia perasan yang Andy telah memerhatikannya sejak dari awal lagi.
Sambil tersenyum awkward, Amyra bertanya, "tak jadi pergi ofis?"
Andy menggelengkan kepalanya serta berkata, "bos keluar pergi pergi makan."
Biarpun masih lagi awkward, Andy secara profesional terus mengajarkan senaman yang perlu dilakukan Amyra.
Sewaktu melakukan squat dengan mengangkat barbell di belakangnya, tangan Andy membantu membetulkan postur badan Amyra dengan menyentuh perut serta punggungnya.
Biarpun Amyra agak terkejut, tetapi dia hanya berdiam diri dengan tidak berkata apa-apa. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Di dalam masa yang sama, dia juga risau sekiranya Andy bercerita tentang apa yang dilihatnya tadi.
YOU ARE READING
Diari Amyra [Complete]
Short StoryAmyra merupakan ibu kepada tiga orang anak, bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat swasta. Di sebalik kehidupannya yang nampak bahagia itu, terselit kesepiannya kerana diabaikan suami yang hanya sibuk dengan kerjanya. Pertemuan semula de...