DA 18 - Kelas Urutan

4.4K 46 2
                                    

Sewaktu Amyra menghantar anak-anaknya ke sekolah, dia mendengar Ekin bertanya di sebelahnya, "mak, ni kopiah siapa?"

Mata Amyra terbeliak sedikit kerana terkejut bagaimana kopiah tersebut boleh berada di dalam keretanya. Demi menjawab pertanyaan anaknya tadi, dia terpaksa menipunya supaya mereka tidak mengesyaki apa-apa.

"Oh, maybe salah seorang kawan ofis Mama tertinggal. Diorang beramai-ramai tumpang kereta Mama pergi site visit," Amyra menipunya.

"Eh? Bawa kopiah?" tanya Alisya pula.

"Masa tu kan hari Jumaat? Dia pergi sembahyang Jumaat, Mama dengan Auntie Sharon lepak minum cendol tepi jalan," jawab Amyra.

'Aku tak tipu...tapi bukan Jumaat yang baru-baru inilah...' katanya di dalam hati.

Tidak lama kemudian dia mendengar Ekin berkata, "okey, logik..."

Adakalanya Amyra merasakan anak-anaknya menyiasat dirinya mengalahkan peguam dan polis. Lebih-lebih lagi Ekin, mungkin juga kerana dia mengetahui status sebenar ibunya.

'Rasanya budak yang gila kaki tu punya, kan? Aku macam ada perasan something jatuh dari kepala masa dia masukkan kepala ke dalam kereta,' teka Amyra.

Sekaligus membuatkan dia tersengih sendirian kerana teringatkan lelaki muda yang lebih menyukai kakinya berbanding celah kangkangnya yang terdedah ketika itu.

"Habis tu, kain batik ni, Mama?" tanya anaknya Naim pula.

"Oh, hari tu...Auntie Ziela minta Mama tolong dia punya kelas urutan. Dia hadiahkanlah kain batik tu dekat Mama," jawab Amyra resah.

"Ni kenapa pula Mama kena soal-siasat macam-macam pagi ni?" tanya Amyra tergelak bersama tiga anaknya.

"Sajalah, Mama...Mama dah lama tak hantar kitorang ke sekolah. Biasa Pak Cik Rashid je yang hantarkan," jawab Ekin.

"Dah alang-alang tu, kitorang tanyalah macam-macam," sambung Alisya pula.

"Fuhhh..." Amyra mengeluh sambil berlakon mengesat peluh di dahi sambil ditertawakan anak-anaknya.

Di dalam masa yang sama, fikirannya melayang teringat kembali permintaan kawan baiknya pada minggu lepas.

"Thanks sebab sudi datang nak tolong aku," ucap Ziela memegang tangan Amyra.

"Thanks je? Dahlah ambil aku punya masa dengan anak-anak," balas Amyra berlakon.

Ziela memujuknya, "ala, kau cakap weekend ada hal? Minggu depan kau nak pergi Terengganu pula, kan? Bila lagi kau nak tolong aku?"

Amyra memicit pipi Ziela sambil berkata, "iyalah kawan aku sorang ni".

Sambil menghulurkan tuala, Ziela bertanya, "jadi ke kita nak keluar dengan geng barista handsome tu?"

"Entahlah, Ziela. Diorang tu banyak buat aktiviti outdoor. Kita nak join ke?" tanya Amyra kembali.

"Apa salahnya? Kan kita dah biasa workout dekat gym macam nak mampus? Masa macam ni lah kita nak test power dengan budak-budak muda. Hihihi," jawab Ziela yang membawa maksud berbeza.

"Yelah tu...kalau pengsan nanti macam mana?" soal Amyra, juga double meaning.

Di dalam masa yang sama, dia membalutkan tuala yang diberikan Ziela tadi pada tubuhnya selepas menanggalkan kesemua pakaiannya.

"Kalau pengsan, mintalah si Hariz handsome tu buat CPR. Hihihi," jawab Ziela sambil menyenggol bahu kawannya.

"Lepas tu aku pula, boleh buat-buat pening dekat kawan dia Edan tu," sambung Ziela lagi.

Diari Amyra [Complete]Where stories live. Discover now