DA 3 - Tempat Kerja

6.3K 52 3
                                    

"Wow! Mama nampak merah. Huhu," tegur Alisya sebaik melihat Amyra berjalan ke arah meja makan.

"Boleh ke warna rambut Mama?" tanya Naim ingin tahu.

"Boleh je...lagipun Mama kan pakai tudung? Siapa je tau?" jawab Amyra bersahaja sambil mencedok nasi goreng yang dibuat Mak Nab.

Ekin terus mencelah, "kalau macam tu, kakak pun bolehlah warnakan rambut? Kakak pun pakai tudung pergi sekolah."

"Alisya pun nak!" Alisya menambah.

"Eh, mana boleh...korang berdua budak sekolah lagi," larang Amyra.

"Lagipun, Ekin dengan Alisya nak tunjuk dekat siapa? Kalau Mama memang nak surprise-kan Papa," tambah Amyra mereka alasannya berbuat begitu.

Sebaik sahaja melihat wajah kecewa kedua-dua anak perempuannya, dia terus berkata, "tapi, nanti mula cuti sekolah hujung tahun bolehlah...harap-harap sebelum naik sekolah balik warna dah hilang. Tak pun warnalah balik jadi hitam."

Ekin dan Alisya kembali tersenyum sambil meminta ibu mereka berjanji dahulu supaya boleh menuntutnya nanti.

"Naim jangan ngada-ngada nak minta warna rambut sekali pula," tegur Amyra sambil mengusap rambut anak lelakinya.

"Naim tak nak warna rambut, tapi nak Mama bawak pergi jalan-jalan cuti sekolah tu nanti," balas Naim.

Amyra tergelak berkata, "bukan main anak-anak Mama ni mintak macam-macam. Cuti hujung tahun kan lama lagi? Kalau nak, markah exam kena okey."

Ketiga-tiga anaknya bersetuju dengan syarat yang dikenakan Amyra tadi. Di dalam masa yang sama dia masih merasa hairan, suaminya tidak berkata apa-apa pun kepadanya sewaktu keluar ke pejabat tadi.

'Takkanlah dia tak perasan rambut aku? Tak cukup terang ke warna ni?' tanya Amyra di dalam hati.

"Omak kau! Puan...Puan, terkejut Mak Nab tengok rambut tiba-tiba je dah jadi warna merah menyala. Pagi semalam sebelum pergi kerja tengok masih warna hitam lagi" tegur Mak Nab sambil mengangkat pinggan dan cawan anak-anak Amyra yang telah selesai makan.

Amyra dan anak-anaknya tertawa kecil melihat gelagat Mak Nab. Di dalam hatinya berkata, 'Mak Nab pun perasan warna rambut aku...'

Rutin biasa selepas bersiap pergi kerja, Amyra biasanya akan membenamkan muka pada bantal yang digunakan suaminya. Begitulah tebal rindunya pada suami sendiri, dapat hidu bau pun sudah memadai.

Sedangkan berbual secara bersemuka pun jarang sekali, inikan pula bersentuhan atau melakukan yang lebih daripada itu.

Kaching!

Morning si cantik, dah siap nak pergi kerja ke? Kalau mengantuk, singgahlah sini dulu. Saya bagi kopi ekstra kasih sayang, special punya.

Amyra tersengih seorang diri membaca whatsapp yang dihantar oleh Hariz. Lalu dia membalasnya.

Sorry-lah dear, saya nak kena sampai ofis awal pagi ni. Ada banyak kerja nak buat. Lainlah kalau awak ada special delivery... 😜

"Oh my god, Amyra. Kau gila ke apa? Kalau dia betul-betul datang macam mana?" kata Amyra sendirian.

"Eh, Mama cakap apa sorang-sorang?" tanya Naim yang tiba-tiba muncul di depan pintu bilik yang tidak bertutup.

Mata Amyra terbeliak kerana terkejut mendengar suara anak bongsunya secara tiba-tiba. Di dalam kepalanya pula ligat mencari alasan.

"Tempat kerja Mama ni, tambah kerja pula. Maybe Mama kena stay back hari ni," Amyra memberi alasan sebelum mengubah topik, "dah siap nak pergi sekolah dah? Mari tolong tarik Mama bangun."

Diari Amyra [Complete]Where stories live. Discover now