“It’s not fair...kenapa kakak boleh simpan warna rambut dia dan duduk rumah sorang-sorang…while I dengan Naim kena balik kampung?” rungut Alisya.
“Mama kena pergi Terengganu. Lagipun, Nenek rindu dekat cucu-cucu dia. Bukannya kakak tak join kamu berdua nanti. Cuma lambat sikit je,” pujuk Amyra.
Melihat Alisya dan Naim masih muncung melihat ke luar tingkap, dia cuba menawarkan sesuatu, “you know what…what if, Mama belanja korang dua something?”
“Nintendo switch OLED Mario edition,” minta Naim dengan laju.
Membuatkan Amyra dan Alisya sama-sama ternganga.
‘OMG! Aku tak pernah spend lebih daripada seribu untuk beli jiwa seorang anak saja,’ kata Amyra di dalam hati.
Biarpun berat untuk dia mengatakannya, tetapi dia terpaksa menganggukkan kepala dan berkata, “okay, quite a lot of damage there. But, I’ll buy you one”.
Di dalam hatinya berkata, ‘nasib baik aku boleh beli online guna duit dalam CharlaX. Kalau tak, mati aku hujung tahun ni…’
“Alisya?” tanya Amyra yang sudah mula menggelabah.
“Hmmm... iPad,” kata Alisya ringkas.
“Erghh…Mama boleh kena heart attack macam ni,” ucap Amyra memegang dadanya sementara dua orang anaknya tertawa kecil mendengar gurauan ibu mereka.
“Budak-budak ni dah tahu ke belum?” tanya emak Amyra sebaik sahaja dua orang cucunya telah masuk ke dalam rumah.
“Belum. Ekin sorang je yang dapat tangkap. Minggu depan baru Emran cadang nak beritahu diorang bertiga,” jawab Amyra.
Emak Amyra menganggukkan kepala berkata, “eloklah diorang tahu dari mulut kamu berdua sendiri daripada dapat tahu dari mulut orang lain”.
Emak Amyra bertanya lagi, “Ekin mana? Kenapa dua orang je?”
Amyra tersengih menjawab, “dia ada hal sikit. Nanti lepas Ateh balik dari Terengganu nanti baru hantar dia”.
“Oh, dia tak takut ke duduk rumah sorang-sorang?” soal emaknya.
“Mak Nab ada. Tidur jelah kena sorang-sorang satu malam,” jawab Amyra.
Emaknya melabuhkan punggung di atas anak tangga dan mengeluh, “risau pula aku bila dengar anak dara kau sorang-sorang kat rumah”.
Amyra memujuk emaknya, “kejap je, mak…Ateh balik seawal yang boleh”.
“Kamu nak terus ke Terengganu? Tak nak berehat dulu?” tanya emaknya risau.
“Tak dapatlah…ni pun dikira waktu kerja, kan?” jawab Amyra.
“Alisya, Naim…mari sini salam dengan Mama kamu,” panggil emak Amyra menolehkan kepala.
“Hati-hati bawa kereta. Pukul 10 nanti Acu sampai, bawa anak-anak dia,” beritahu emaknya sebelum Amyra berangkat pergi.
Perjalanan Amyra lancar sahaja dan selamat tiba di Kuala Terengganu. Biarpun agak penat, dia terpaksa juga memacu keretanya ke arah cawangan baharu yang bakal dibuka tidak lama lagi, bagi menyemak perkembangan terkini.
“Hah, baru sampai,” tegur Sharon.
“Korang dah lama sampai ke?” tanya Amyra.
“Kitorang pun baru juga. Kenapa tak satu kereta je dengan kitorang?” tanya Razif kembali.
“Aku pergi hantar anak-anak aku kat Banting pagi tadi. Lepas tu baru gerak pergi sini,” beritahu Amyra.
“Oh, rumah your parents?” teka Sharon.
YOU ARE READING
Diari Amyra [Complete]
Short StoryAmyra merupakan ibu kepada tiga orang anak, bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat swasta. Di sebalik kehidupannya yang nampak bahagia itu, terselit kesepiannya kerana diabaikan suami yang hanya sibuk dengan kerjanya. Pertemuan semula de...