45

12K 717 16
                                    

"Zuhayr accident, Zuha. Dia masih lagi ada kat dalam bilik bedah. Doktor kata keadaan dia kritikal sekarang ni."

Suara Faris masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Lantas stereng kereta dicengkam erat. Zuha cuba untuk mengawal dadanya yang sedang turun naik tanpa irama saat ini. Walaupun tangannya sedikit menggigil, namun dia gagahkan jua dirinya untuk memandu ke hospital sebaik sahaja menerima panggilan daripada Faris.

'Ya, Allah. Selamatkanlah suami aku.'

Setitis demi setitis mutiara jernih itu mula membasahi pipi. Dia lantas menyeka kasar dengan belakang tangannya. Entahlah. Fikirannya semakin berkecamuk apabila setiap kali dia mengenangkan keadaan Zuhayr ketika ini.

Bunyi hon kereta dari belakang menyedarkan Zuha dari lamunannya. Melihatkan lampu isyarat yang sudah pun berubah warna hijau beberapa saat yang lalu, dia terus memijak pedal minyak dan memandu menuju ke hospital.

****


Faris masih lagi setia berdiri berhampiran dengan pintu wad bedah sambil memeluk tubuh. Sudah dua jam berlalu namun pembedahan Zuhayr masih lagi belum selesai.

"Faris."

Lelaki itu lantas memutarkan tubuh sebaik sahaja namanya diseru. Dia kemudian mengukirkan senyuman hambar kepada wanita itu.

"Zuhayr macam mana?"

Faris menggeleng lemah sebagai jawapan. Matanya sempat mengerling sekilas ke arah pintu wad bedah itu sebelum memandang semula wajah Zuha.

Zuha meraup wajahnya beberapa kali. Dia turut mengatur nafasnya setelah lelah berlari anak ketika menuju ke sini.

"Belum ada apa-apa berita lagi pasal dia." Faris mengusap lembut tengkuknya sambil mengeluh perlahan.

"Macam mana dia boleh accident? Dia accident kat mana?"

"Saya tak pasti. Saya cuma dapat panggilan dari pihak hospital memandangkan saya orang yang terakhir dia call sebelum dia terlibat dalam kemalangan. Kata polis yang uruskan kes ni, kereta yang dia naiki total lost. Zuhayr pun berada dalam keadaan cedera parah. Tapi mujurlah masih sempat dibawa ke hospital."

Zuha mengetap bibir sambil memejamkan matanya sekilas. Hatinya remuk apabila mendengar penjelasan daripada Faris. Air matanya yang kembali terbit di hujung mata diseka perlahan.

"Zuha, duduklah dulu. Muka awak nampak pucat sangat. Awak okay tak?"

"Sa...saya okay." jawab Zuha perlahan.

Sekali lagi Faris mengeluh. Dia tahu Zuha hanya berpura-pura seperti berada dalam keadaan baik walhal wajah wanita itu menunjukkan yang sebaliknya. Apatah lagi dia melihat Zuha sekarang cuma memakai bed slippers yang berlainan warna. Sebelah kanan berwarna kelabu manakala sebelah kiri berwarna pink. Itu sudah cukup menggambarkan yang Zuha berada dalam keadaan yang kurang baik.

"Saya dah call family mertua awak. Diorang masing-masing dalam perjalanan ke sini. Awak duduk sini dulu sementara tunggu diorang sampai."

Zuha pada awalnya masih berkeras dan tidak mahu duduk namun dia mula merasakan kepalanya sedikit pening dan membuatkan dirinya tidak dapat mengimbangkan tubuh dengan betul. Dia lantas labuhkan duduk di atas kerusi berdekatan lalu bersandar di dinding.

Mereka berdua mendiamkan diri sambil melayan perasaan masing-masing. Tiba-tiba, telefon pintar milik Faris berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Saya jawab call ni sekejap. Awak tunggu sini dulu." ujar Faris lalu bergegas mencari tempat yang lebih baik untuk menjawab panggilan tersebut.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now