Zuhayr meletakkan kotak terakhir ke atas lantai lalu menyusunnya bersama kotak yang lain. Dia termengah-mengah mencari nafas setelah berhempas-pulas mengangkut kotak-kotak milik isterinya dari tingkat bawah. Peluh yang mengalir di bahagian pelipis dikesat dengan belakang tangan.
Zuha hanya tersenyum sambil memerhatikan wajah Zuhayr yang sedang dibasahi dengan keringat.
"Kotak tu biarkan aje kat situ dulu. Nanti saya kemas. Kesian awak sebab dah penat turun naik tangga untuk angkut barang saya."
Zuhayr melepaskan lelah lalu bersandar di dinding. Banyak juga barang milik isterinya yang dia bawa tadi. Sampai rasa nak tercabut tulang belakang ni sebab banyak kali naik turun tangga.
Zuha kemudian labuhkan duduk bersebelahan dengan Zuhayr sambil memicit lembut bahu lelaki itu. Zuhayr hanya tersenyum nipis. Lega pula bila kena urut macam ni.
"Bilik awak ni luas betul tapi tak apa ke kalau kita kongsi macam ni? Saya takut mengganggu awak pulak." Zuha memerhatikan keadaan bilik itu sambil tangan masih lagi memicit bahu suaminya.
"Saya memang dah plan nak buat macam ni bila dah kahwin nanti. So, awak jangan risau. Awak pun boleh rehatkan diri kat sini sambil baca novel-novel awak tu. Anggap je sini mini library untuk kita."
Gadis itu mengangguk kecil. Dia menyudahkan urutan terakhir sebelum kedua tangan mula memeluk lengan sasa Zuhayr. Berani-berani takut sebenarnya tapi dia tetap nak buat juga walaupun dadanya rasa macam nak pecah sekarang ini.
Tingkah isterinya itu membuatkan Zuhayr menjungkitkan sebelah kening. Rasa hairan mula menjengah diri kerana ini adalah kali pertama Zuha memeluk dia walaupun cuma peluk lengan. Namun, dia tetap memperbetulkan kedudukan agar Zuha turut berasa selesa duduk di sebelahnya.
"Kenapa ni? Belum pernah lagi awak peluk saya macam ni." soal Zuhayr sambil mengawal nada suara agar tidak kedengaran gementar di telinga Zuha.
Zuha sengih sambil tayang gigi.
"Terima kasih sebab tolong angkatkan barang-barang saya."
"Sama-sama kasih. Ada apa sebenarnya ni?" soal Zuhayr lagi seolah-olah tidak puas hati dengan tindakan isterinya.
Kini Zuha menayangkan sengihan lebar. Dia kemudian meleraikan pelukan itu lalu menjungkitkan kedua belah kening berulang-kali.
"Lepas ni tolong saya susun buku-buku saya, boleh? Hehe."
Lelaki itu lantas tergelak kecil. Oh, ada udang disebalik batu rupanya. Patutlah baik semacam. Sudahnya dia hanya mencubit perlahan pipi Zuha menyebabkan gadis itu menyeringai.
"Tapi saya tak rasa rak yang ada ni cukup untuk awak susun buku-buku awak tu. Rak tu pun dah lama. Risau tak boleh tampung berat buku-buku yang ada."
"Dah tu?"
Zuhayr memusingkan tubuh untuk menghadap isterinya.
"Kita keluar sekejap lagi untuk cari rak buku yang awak berkenan. Kotak-kotak ni letak tepi dulu. Lepas rak tu sampai baru kita susun, okay?"
Laju Zuha mengangguk tanda setuju. Zuhayr kemudian meraih lembut tangan Zuha membuatkan gadis itu terus memandang wajahnya dengan penuh tanda tanya.
"Emm, sayang. Awak masih nak kerja kat kafe tu lagi ke?" soal Zuhayr.
Pandangan mereka mula bersatu namun hanya untuk seketika. Zuha terlebih dahulu melarikan anak matanya dek kerana malu sudah mula menguasai diri.
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Saya bukan apa, saya risaukan awak sebab jarak dari rumah kita ke kafe tu bukannya dekat. Awak sampai rumah pun hampir pukul dua belas setiap kali awak syif malam. Bahaya kalau awak balik seorang diri. Saya bukannya boleh temankan awak selalu sebab kadang-kadang terpaksa balik lewat juga."
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
RomanceStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...