His Beautiful Consolation 4

8.3K 513 24
                                    

Zuhayr tersentak sewaktu mendengar bunyi pinggan jatuh dari arah dapur. Jemari yang rancak menari di atas papan kekunci itu turut berhenti mendadak.

Laju Zuhayr memanjangkan langkah ke dapur untuk melihat apa yang telah terjadi.

"YA ALLAH! IZZ AUFIYYAH!!"

Tanpa Zuhayr sedar, suaranya sudah pun naik seoktaf ketika melihat serpihan kaca yang sedang berselerakan di atas lantai.

Dua tubuh kecil yang sedang berdiri di situ terkaku apabila mendengar suara keras ayah mereka sebentar tadi. Baru sahaja si abang hendak mengutip serpihan kaca tersebut, sekali lagi Zuhayr bersuara lantang sehingga menyebabkan keduanya tersentak.

"Berdiri kat situ dan jangan pergi mana-mana. Tunggu sampai ayah habis bersihkan kaca-kaca ni."

Si abang akur. Dia kemudian berdiri semula di sisi si adik sambil memerhatikan ayah mereka membersihkan kaca-kaca tersebut.

"Tapi Izz nak tolong ayah. Semua ni salah Izz. Izz tak sengaja terjatuhkan pinggan tu." ujar Izz Dayyan dengan nada suara seperti hendak menangis.

Zuhayr yang menyedari akan perubahan suara Izz lantas melepaskan sebuah keluhan kecil. Dia mendongak sekilas sebelum memandang semula ke arah Izz dan Aufiyyah.

"Tak perlu, Izz. Biar ayah yang bersihkan. Semua ni bahaya untuk Izz dan Fiya. Kalau terkena kaca-kaca ni boleh menyebabkan luka, tahu tak?"

Sempat Zuhayr menggeleng perlahan sebelum menyambung semula kerjanya yang tertangguh tadi. Haih la anak. Kenapalah masing-masing panjang akal? Pantang leka pasti ada saja hal yang berlaku.

Semalam pun begitu juga. Baru sahaja Zuhayr hendak menyiapkan manuskrip untuk karya terbaru miliknya, dia dikejutkan dengan suara riuh rendah milik Izz dan Aufiyyah yang sedang berseronok di halaman rumah. Hampir luruh jantungnya apabila melihat gelagat dua beradik itu yang sedang seronok bermandi-manda di dalam kolam ikan.

Mujurlah ikan-ikan tersebut masih sempat diselamatkan. Sudahlah ikan-ikan itu merupakan ikan kesayangan Zuha. Bimbang hal lain pula yang bakal timbul jika Zuha mengetahui apa yang telah berlaku terhadap ikan-ikan kesayangannya.

Zuhayli Aufiyyah sempat mengerling wajah abangnya yang sedang muram itu. Rasa serba salah mula menghantui diri. Sebenarnya semua itu berpunca daripada dirinya sendiri. Dia yang menyuruh Izz untuk mengambil pinggan tersebut kerana dia tidak dapat mengambilnya dari kabinet yang agak tinggi itu.

Izz pula sememangnya panjang akal. Demi memenuhi permintaan si adik, dia mengambil kerusi makan lalu berdiri di atasnya. Ketika dia berjaya menggapai pinggan tersebut, entah macam mana Izz hilang pertimbangan lalu pinggan yang berada di tangan terlepas dan terjatuh di atas lantai.

"Ayah, janganlah marah abang Izz. Semua ni salah Fiya. Fiya yang minta tolong abang Izz untuk ambilkan pinggan tu. Fiya nak makan kek coklat yang ayah buat pagi tadi."

Zuhayr hanya mendiamkan diri namun tangannya masih lagi ligat membersihkan sisa kaca yang masih kelihatan di sekitar dapur itu. Dia juga turut memeriksa buat kali terakhir bagi memastikan serpihan kaca tersebut betul-betul sudah dibersihkan.

Zuhayr kemudian berdiri sambil mencekak pinggang. Anak matanya merenung tajam ke arah Izz dan Aufiyyah yang masih lagi berdiri sambil menundukkan wajah masing-masing.

"Kenapa tak beritahu ayah? Pinggan tu kaca. Bahaya kalau kaca tu terkena tangan. Ayah dah banyak kali pesan, panggil ayah kalau nak sesuatu. Ni mujurlah tak ada apa-apa yang terjadi."

Kedua anak kecil itu menekur ke arah lantai dapur. Mereka masih lagi terkesan dengan nada suara lantang oleh ayah mereka sebentar tadi. Masing-masing tidak berani memandang wajah Zuhayr kerana takut dimarahi lagi.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now