48

13K 684 31
                                    

"Okay, dah siap."

Zuha membuang kapas yang telah dicemari dengan darah dan cecair antiseptik ke dalam bakul sampah. Dia baru sahaja selesai mencuci luka di dahi Zuhayr akibat kemalangan ngeri tempoh hari. Selain tulang tangan kanannya retak dan mengalami kecederaan bahagian dalam kepala, dahinya juga turut menerima empat jahitan akibat tertusuk serpihan cermin.

Zuhayr hanya mendiamkan diri. Anak matanya tunak memerhatikan gerak geri isteri yang sedang membersihkan peralatan yang telah digunakan sebentar tadi.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Zuha menjuihkan bibir sekilas. Ingat dia tak perasan ke Zuhayr pandang dia dari tadi macam nak tembus?

Zuhayr tersentak kecil namun dia segera berdehem. Tak sangka pula isterinya perasan. Tapi apasal bekeng betul isterinya ni? Selalunya asyik nak menangis aje.

"Bekeng betul." Zuhayr menggumam perlahan.

"Aik? Faham pulak awak maksud bekeng?"

'Dah kahwin dengan orang Terengganu mestilah faham...' desis hati kecil Zuhayr.

Zuha memutarkan bebola mata apabila soalannya diabaikan. Hmm, ini amnesia sekali dengan pakej pekak campur bisu ke? Orang tanya satu patah pun tak berjawab.

"Awak ada nak apa-apa lagi ke?" soal Zuha lagi. Kelopak mata dah mula memberat sejak dari tadi sedangkan baru pukul sebelas setengah pagi. Sejak akhir-akhir ni memang dia asyik mengantuk dan keletihan. Nak tak nak tidur aje lah jawabnya.

"Err, tak ada." jawab Zuhayr, ringkas. Dia kemudian mengambil iPad miliknya lalu bersandar di kepala katil untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.

Zuha hanya tayang wajah cemberut. Sakit macam tu pun masih lagi menghadap kerja. Eh, boleh pula ingat kerja tu. Isteri sendiri siap dilupakan. Apa jenis amnesia entah sampai pilih kasih macam ni?

Sudahlah. Baik dia tidur dari memikirkan semua itu. Lantas tubuh dipusingkan lalu Zuha menapak ke arah sofa yang tak berapa empuk itu. Biarlah tak empuk pun asalkan dapat baring. Badannya pun sudah mula terasa lenguh semacam seperti baru lepas buat kerja berat.

"Nak tidur ke?" soal Zuhayr tapi anak matanya masih setia melihat skrin iPad.

"Emm..." balas Zuha lalu labuhkan duduk di atas sofa.

Zuhayr mengesot sedikit ke tepi katil. Walaupun katil tu tak adalah besar mana tapi setakat nak baring diorang suami isteri tu muat aje. Zuha tu pun badannya kecil tapi cuma akhir-akhir ni je badannya dah mula nampak berisi.

"Mari tidur sini. Sofa tu untuk orang duduk. Kesian orang yang datang melawat nanti tak ada tempat duduk."

"Tak apa. Saya tidur sekejap aje. Nanti kalau ada orang datang, saya bangunlah."

Zuhayr senyum kelat. Bila dia nampak Zuha seperti tiada tanda-tanda untuk mematuhi arahannya, mulalah dia rasa nak guna kuasa veto dia sebagai seorang suami.

"Zuha Munirah, awak kata awak isteri saya. Bukankah seorang isteri sepatutnya taat dengan suaminya?"

Zuha yang baru sahaja ingin melelapkan mata, terus bangun dari pembaringannya. Eh, geram betul dengan mamat ni. Pandai pula guna kuasa veto waktu hilang ingatan macam ni.

"Katil tu sempitlah. Saya tak nak jatuh tergolek nanti. Kesian..." Zuha tiba-tiba senyap membuatkan Zuhayr berasa hairan.

"Kesian apa?" soal Zuhayr sambil menjungkitkan sebelah kening.

Zuha lantas menggeleng. Malas hendak menjawab soalan Zuhayr. Kalau cakap pun bukan ada gunanya.

"Sinilah. Tidur sini. Muat ajelah katil ni untuk kita berdua. Nanti kalau nurse datang saya kejutlah awak." ujar Zuhayr lagi.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now