20

12.6K 674 12
                                    

Zuhayr memandang tajam ke arah gadis yang sedang tersengih di hadapannya. Tangannya sengaja disilangkan ke atas dada dengan riak wajah tidak puas hati. Lagi bertambah annoying apabila dia melihat gadis itu hanya berlagak seperti tiada rasa bersalah langsung dengan apa yang telah dia lakukan sebentar tadi.

"Perlu ke Fea buat macam tu? Fea sendiri tahu abang long tengah buat apa tadi, kan?"

Sofea tersengih sambil mengangkat kedua keningnya berulang kali.

"Ala, sorrylah abang long. Mana Fea tahu abang long tengah buat live."

"Tak payah nak kelentong abang long. Fea ingat abang long tak tahu ke macam mana perangai Fea?" 

Sofea hanya sembunyi senyum sambil melarikan anak mata dari menatap wajah Zuhayr. Dia memang sengaja masuk ke dalam bilik kerja Zuhayr ketika lelaki itu sedang bersiaran langsung melalui ig live tadi. Tapi bukan buat benda aib pun, cuma bagi salam dengan suara manja je. Haha.

"Ni orang dah start buat spekulasi yang bukan-bukan. Penatlah lepas satu, satu nak kena handle. Abang long ada banyak lagi kerja lain nak kena buat, tahu?"

Zuhayr membaca pula komen-komen yang sedang membanjiri di akaun media sosial miliknya termasuklah wattpad sambil menggigit bibir. Pelbagai komen ditinggalkan oleh para pembaca yang mendengar siaran langsungnya sebentar tadi. Dia terpaksa menamatkan siaran langsung tersebut dengan lebih awal apabila dapat merasakan mereka mula mempersoalkan siapakah empunya suara itu. 

"Aurel dah tak available. My walking green flag man sobs."

"Untunglah girlfriend dia dapat boyfriend macam Aurel."

"Aurel ni takde ke jual kat shopee? Kalau ada saya nak beli."

"Betul ke tu suara girlfriend dia? Entah-entah suara wife dia. Melepaslah korang. Haha!"

"Para gadis tengah healing ke tu? Haha, kesian."

"Aurel tak available tapi abang masih available. Come to abang meh."

Zuhayr melepaskan keluhan berat ketika membaca setiap komen tersebut. Haih, ini semua berpunca daripada Sofea. Nak marah tapi adik sendiri. Tapi dia pun salah juga sebab boleh pula hari ni dia terlupa untuk mengunci bilik kerjanya itu.  

"Tak apa. Sekali sekala ada kontroversi apa salahnya, abang long. Hidup ni tak mencabar tau kalau tak ada kontroversi. Lagi-lagi abang long tu hero idaman malaya. Nanti suruhlah abang Faris settlekan. Dia kan pro."

"I don't need such a low publicity stunts, Zaheera Sofea. Apa yang ada pun dah cukup bagi abang long."

Lelaki itu berdecit kecil. Jauh di dasar hatinya, dia sangat kasihankan sahabatnya itu. Dulu dah selesai masalah tentang fake Aurel. Lepas tu pulun settlekan hal plagiat antara Dian dan Zuha. Ni timbul pula isu lain. Faris tu pun serupa dengan dia, ada kerja hakiki juga. Dia sebolehnya tidak mahu membebankan Faris dengan benda remeh seperti ini.

"Alah, abang long ni. Tak payah nak runsing sangat. Nanti-nanti khabar angin tu hilang sendiri. Tak pun, kalau abang long runsing sangat, abang long jadikan khabar angin tu sebagai kenyataan. Fea pun dah lama mengidam nak kakak ipar ni."

Zuhayr mula menolak dinding pipi dengan hujung lidahnya. Seketika kemudian dia berdecit geram. Dia menanggalkan cermin mata yang dipakai lalu diletakkan ke atas meja. 

"Sudahlah, Fea. Jangan nak mengarut lagi. Pergi masuk bilik Fea sekarang. Kalau tak, abang long hantar Fea balik rumah mummy. Dahlah sibuk nak tinggal kat rumah orang."

Sofea mendengus lalu menggulingkan mata ke atas. Abang sulungnya ini emo betul. Sikit-sikit nak ugut hantar balik rumah mummy. Tak sporting langsung!

"Oh, ya. Lupa pulak nak cakap. Ni ha, mummy suruh balik. Mummy ada hal nak cakap kat abang long." ujar Sofea. Sebenarnya inilah tujuan dia datang ke bilik kerja Zuhayr. Dia hendak menyampaikan pesanan ibu mereka kerana Datin Zareena tidak dapat menghubungi abang sulungnya itu. Tapi tak sangka pula Zuhayr sedang 'berinteraksi' dengan para pembacanya ketika itu. 

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now