"Seronok ya korang menghilangkan diri secara tiba-tiba? Korang tahu tak, mummy dan daddy korang hampir buat laporan polis?"
Faris mendengus geram sambil melabuhkan duduk di hadapan pasangan itu. Malam tadi tiba-tiba dia mendapat mesej dari Zuhayr yang mengatakan bahawa mereka berdua sedang berada di Teluk Kemang. Geram juga dengan perangai pasangan ini lebih-lebih lagi Zuhayr. Selepas dua hari menghilang baru sibuk nak beritahu dia.
Pasangan itu hanya tersengih. Zuha memeluk lengan suaminya. Kepalanya pula sengaja disandarkan di bahu Zuhayr.
"Maaflah Faris sebab dah menyusahkan awak. Awak marah Zuhayr ni sebab dia yang 'culik' saya sampai sini."
Kedua kening Zuhayr hampir bersatu sewaktu dia memandang wajah isterinya. Eh, kita bawa dia ke sini pun sebab nak ajak dia 'healing' tapi dia salahkan kita pula.
"Ewah, semudah itu dia salahkan kita. Kita ni otak seminit pun sebab dia yang teringin nak tengok pantai. Lupalah tu." ujar Zuhayr sambil mencuit hidung Zuha. Isterinya lantas menyembunyikan wajah di sebalik lengan Zuhayr sambil tersengih. Malulah sebab ada Faris yang sedang memerhati.
Faris pula hanya tayang wajah cemberut apabila melihat telatah pasangan itu. Dia kemudian menyedut air kelapa yang tersedia hidang di hadapannya. Seronok juga minum air kelapa sambil duduk di tepi pantai macam ini. Pengunjung pula tidak berapa ramai mungkin disebabkan hari ini merupakan hari bekerja. Hmm, cuma 'mangkuk' depan dia ni aje yang masih lagi cuti sakit.
"Kot ya pun beritahulah dulu. Lepas tu korang nak healing sampai Antartika pun tak ada masalah." ujar Faris seraya menghabiskan air kelapa tersebut. Matanya kembali memerhatikan keadaan sekeliling. "Tapi aku hairan juga. Ini Teluk Kemang ke Teluk Khemah? Banyak betul khemah terpacak kat sini."
"Ish, kau ni. Tak habis-habis membebel. Tak cukup lagi ke kau berhujah kat dalam court tu? Aih, risau betul aku kalau-kalau mulut mak jemah kau tu terkenan kat anak aku." ujar Zuhayr bersahaja.
Hampir tersembur Faris dibuatnya apabila dia mendengar ayat terakhir dari sahabatnya itu.
"Hah? Apa maksud kau?" Faris memandang wajah pasangan itu bersilih ganti. Zuhayr hanya mengangguk sambil tersengih. Tangannya naik mengusap lembut perut isterinya sehingga membuatkan Zuha terpaksa menundukkan wajahnya kerana segan.
"Ya Allah, seriuslah? Alhamdulillah!" ujar Faris dengan perasaan yang teruja.
Zuhayr lantas mengerutkan dahi. Si Faris ni yang beria sangat dah kenapa? Yang mengandung ni bini dia bukan bini Faris.
"Kau ni kenapa? Asal excited sangat?"
"Hehe, mestilah. Aku dah nak jadi uncle. Betapa untungnya anak kau sebab dapat uncle yang handsome macam aku." Faris berseloroh.
Zuhayr memutarkan bebola mata manakala Zuha hanya tergelak kecil apabila melihat reaksi Faris. Faris memang suka sangat masuk bakul angkat sendiri. Tapi tak apalah. Berita gembira harus dikongsi bersama, kan?
"Abang, Zuha nak pergi beli makanan sekejap, boleh? Zuha laparlah." Zuha memandang suaminya sambil tersengih. Tiba-tiba perutnya terasa lapar lagi walaupun dia sudah bersarapan pagi tadi. Sejak akhir-akhir ni selera makannya tidak boleh dijangka. Adakalanya dia tidak mahu menjamah sebarang makanan langsung. Dia sendiri pun sudah letih hendak melayan selera makannya yang entah apa-apa ini.
Zuhayr hanya mengangguk lalu menghulurkan dompet miliknya kepada Zuha.
"Nah, ambil dompet abang ni. Sayang pergilah beli apa yang sayang nak. Tapi jangan pergi lama sangat." Zuhayr merapatkan mulut ke telinga isterinya lalu berbisik, "... nanti abang rindu."
Wajah Zuha serta-merta berona merah. Dia lantas mengambil dompet tersebut lalu meninggalkan dua sahabat itu bersendirian. Faris memandang belakang Zuha sehingga kelibat wanita berada jauh dari mereka. Dia kemudian membetulkan duduknya sambil berdehem perlahan.
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
RomanceStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...