Wajah Zuha yang masih pucat lesi itu dielus lembut. Zuhayr mengeluh. Sehingga kini, isterinya masih lagi belum menyedarkan diri walaupun doktor telah mengesahkan Zuha berada dalam keadaan baik.
"Sampai sekarang dia masih belum sedar. Isteri aku ni betul-betul okay ke?" soal Zuhayr, resah. Dia turut mengusap kepala Zuha sebelum melabuhkan sebuah ciuman ringkas ke atas dahi bersih itu.
Luth lantas menyilangkan tangan ke dada sambil bersandar di dinding. Sebuah keluhan kecil turut dilepaskan. Kali ini sudah masuk sepuluh kali Zuhayr asyik bertanyakan tentang isterinya, walhal diri sendiri pun masih perlukan rawatan juga.
"Dia mungkin tertidur sebab keletihan. Tapi kau jangan risaulah. Isteri dan anak kau selamat. Aku boleh je request untuk buat further test tapi bagi aku semua tu tak perlu. Aku takut semua itu akan membahayakan kandungan dia since dia pun baru pregnant 4 minggu."
Zuhayr lantas meraup kasar wajah dengan tangan kirinya selepas mendengar penjelasan daripada Luth.
"Buat, Luth. Kalau ada any test yang perlu dibuat, just do it. Apa yang penting isteri aku selamat." ujar Zuhayr.
"A...abang...."
Sayup-sayup Zuhayr mendengar suara lemah itu memanggil dirinya. Dia lantas berpaling semula ke arah Zuha. Tangan isterinya diraih dan dicium lama sebelum dia meletakkan tangan itu ke atas pipinya.
"Sayang, sayang okay tak? Ada sakit kat mana-mana?"
Zuha menggeleng lemah. Tangannya lantas mengusap pipi suaminya berserta dengan sebuah senyuman.
"Zuha okay. Zuha tertidur sebenarnya lepas doktor habis check tadi. Maaf sebab buat abang risau."
Zuhayr menghela nafas lega apabila mendengar penjelasan dari Zuha. Sekurang-kurangnya bila dengar Zuha berkata begitu, hilanglah rasa gelisah yang menguasai dirinya tadi.
"Alhamdulillah, syukur sebab sayang dan anak kita selamat." ucap Zuhayr perlahan.
Zuha hanya mengukirkan senyuman segaris.
"Abang... Zuha dengar tau apa yang abang cakapkan tadi."
"Dengar apa, sayang?"
Wanita itu mengukirkan senyuman lagi sekali. Dia kemudian cuba untuk bangun dengan berhati-hati lalu bersandar di kepala katil.
"Lain kali abang jangan cakap macam tu, ya? Anak kita pun penting juga bukan setakat Zuha aje. Kalau anak kita dengar mesti dia kecil hati."
Zuhayr lantas menelan peritnya liurnya. Tak sangka pula perbualan dia dan Luth sempat didengari oleh Zuha.
"Abang tak bermaksud nak cakap macam tu. Abang cuma terlalu risaukan keadaan sayang. Sayang tahu tak betapa takutnya abang bila tengok sayang terkulai dalam pelukan abang sendiri? Sudahlah sayang hampir keguguran."
"Tapi Zuha dan anak kita selamat, kan? Tak perlu buat further test yang boleh merisikokan anak kita. Kesian anak kita nanti."
Lelaki itu mengangguk kecil. Wajahnya sengaja ditundukkan. Bibir pula dikemam erat tanda kesal apabila dia tersedar yang dia sudah terlanjur kata.
"Maaf sebab buat abang terlampau risaukan Zuha." ujar Zuha lagi sambil mengulumkan senyuman.
"Tak. Abang yang sepatutnya minta maaf sebab gagal melindungi sayang dan hampir kehilangan anak kita."
"Janganlah cakap macam tu. Itu semua cuma kemalangan. Dan lagi satu..." Zuha lantas menggenggam erat tangan suaminya. Dagu suaminya dipaut supaya memandang ke arahnya. "Sampai hati abang cakap yang Zuha lagi penting dari anak kita. Kenapa? Abang tak suka ke Zuha mengandung? Hmm?"
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
RomanceStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...