Izham membuang tubuh ke atas katil. Tali leher yang dipakai dibuka ikatannya sebelum dia mencampakkan tali leher itu ke dalam sebuah bakul baju berhampiran. Sebuah keluhan dilepaskan.
Berita yang diterima siang tadi benar-benar mengejutkan dirinya. Dia tidak menyangka bahawa perkahwinan Zuha yang sepatutnya batal tetap diteruskan seperti yang dirancang. Lagi mengejutkan suami Zuha merupakan Zuhayr Muqri, anak kepada Dato' Zhafran iaitu CEO ZZ Group.
Izham tidak tahu sejak bila mereka berdua saling mengenali antara satu sama lain sedangkan Zuha bukanlah seorang yang mudah mesra dengan lelaki lain. Dia sendiri pun mengambil masa yang agak lama untuk gadis itu mula terbuka terhadap dirinya sejak awal mereka bertunang.
"Lewat you balik hari ni. Pergi cari cik tunang lagi?" soal Dian dengan nada menyindir apabila melihat Izham yang sedang terbaring di atas katil sambil termenung jauh.
Izham berdecit kecil. Dia segera mengalihkan tubuh membelakangi Dian yang sedang berdiri di birai katil.
"I tak nak bergaduh dengan you, Dian. I penat."
"Penat cari cik tunang?"
Sebuah keluhan besar dilepaskan. Jujur, Izham mula rimas dengan perangai Dian yang gemar menuduhnya secara melulu sejak akhir-akhir ini. Setiap kali bergaduh, nama Zuha juga yang akan menjadi mangsa. Semua ini gara-gara Dian ternampak dia berjumpa dengan Zuha sewaktu berada di mall tempoh hari. Padahal, dia cuma terserempak, bukannya berjanji untuk berjumpa dengan wanita itu.
"Dian, stop it. I balik lewat bukan sebab dia tapi sebab banyak kerja kat office. Pleaselah, jangan cari gaduh tengah-tengah malam macam ni. I rimas."
"I cuma tanya aje. Mana tahu you tiba-tiba nak berbaik semula dengan tunang you tu?"
Dian labuhkan duduk di birai katil. Perutnya yang tidak berapa besar itu diusap lembut. Hanya senyuman sumbing terukir di wajah wanita itu.
Izham terus bangun lalu menghadap tubuh Dian yang sedang duduk membelakangi dirinya. Bengang apabila Dian kerap menuduhnya dengan tuduhan yang tidak berasas. Tak habis-habis nak kaitkan dengan nama Zuha.
"Apa masalah you ni, Dian? Tak cukup lagi ke I kahwin dengan you dan bertanggungjawab untuk jaga you dan anak kita? Berapa banyak kali I nak terangkan kat you yang I cuma terserempak dengan dia masa kat mall haritu? Bukannya berjanji. Itulah kali terakhir I jumpa dia. Pleaselah, Dian!"
Suara milik Izham mula naik seoktaf sehingga menyebabkan Dian terdiam lalu tertunduk. Nada suara Izham sebentar membuatkan hatinya sedikit terguris.
Izham mengeluh. Melihatkan wajah Dian yang sudah berubah mendung itu membuatkan dia meraup wajahnya berulang kali. Dia lantas turun dari katil dan menghampiri Dian lalu melutut di hadapan wanita itu. Dia turut memaut dagu Dian supaya memandang ke arahnya.
"Please, Dian. I balik lambat setiap hari bukan sebab I cari dia. I memang betul-betul banyak kerja kat office. I tak boleh elak semua tu. Harap you faham dengan keadaan I. I buat ni pun sebab I berusaha untuk senangkan hidup you dan anak kita." ujar Izham. Kini suaranya pun berubah lembut dengan harapan Dian tidak lagi berkecil hati dan boleh menerima alasannya.
"Tapi macam mana kalau you cari dia balik? I tahu hubungan kita pun tak direstui oleh keluarga you. So, tak mustahil you akan berpatah balik dan berbaik semula dengan dia."
Sekali lagi Izham menghela nafas berat. Dia mendongak sekilas sebelum memandang semula wajah Dian.
"Sekalipun kita tak kahwin, I tetap takkan boleh kembali dekat dia. Lagipun dia dah kahwin."
"Kahwin? Tapi dengan siapa?" soal Dian yang seakan-akan terkejut dengan kata-kata Izham sebentar tadi. Lelaki itu lantas mengangguk.
"Dah. Dengan Zuhayr, anak Dato' Zhafran. Lelaki tu yang datang sekali dengan dia masa kat balai dulu."
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
RomanceStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...