11

11.1K 665 10
                                    

Sesekali wajah Zuhayr berkerut sambil ibu jarinya menggeser laju skrin iPhone miliknya. Anak matanya sempat menjeling tajam ke arah Faris yang sedang bersandar di sofa.

Semalam Zuhayr ada meminta pertolongan Faris untuk menjawab semua Q&A di instagram miliknya. Jadi apabila Zuhayr memeriksa kembali instastory tersebut, lelaki itu seakan terkesima ketika membaca semua Q&A yang dijawab oleh sahabatnya itu.

Semuanya pasal cinta. Sejak bila pula Aurel jadi kaunselor cinta ni?

"Oi, Faris. Apa kau buat kat ig story aku semalam?"

Faris yang sedang bersandar di sofa mengangkat kepalanya untuk memandang Zuhayr sesaat sebelum dia bersandar semula seperti sebelumnya.

"Aku buat macam yang kau suruhlah." balas Faris dengan nada malas.

"Dey, aku suruh kau jawab soalan yang berkaitan aje. Bukannya suruh kau jadi doktor cinta."

Faris memutarkan bebola matanya. Banyak cekadak betul Zuhayr ni. Orang dah tolong kira bersyukurlah bukannya complaint macam-macam.

"Ada yang mintak blurb untuk novel latest kau. Aku ni mana reti. Karang tak pasal-pasal aku bagi spoiler kat diorang, baru tahu."

"Haih, menyesal aku minta tolong kau." Zuhayr lantas menghapus semua Q&A yang dijawab oleh Faris dan kini hanya tinggal yang berkaitan dengan bukunya sahaja.

Faris berdecit sebelum matanya dipejamkan seketika. Terasa terbang semua lelah yang dia rasa ketika ini. Bahagian pelipis pula dipicit perlahan. Semakin dia cuba untuk melupakan leteran ibunya semakin kuat pula leteran itu memenuhi ruang minda.

"Arghhh!"

Dengusan kasar Faris menyentakkan Zuhayr yang sedang duduk di meja kerja. Zuhayr lantas melihat Faris sambil membetulkan kedudukan cermin mata tebalnya itu di pangkal hidung.

"Kenapa pula kau ni? Semalam bukan main happy lagi sebab menang kes saman client kau tu. Siap tolong aku jawab Q&A lagi tu. Hari ni tiba-tiba pulak bad mood." ujar Zuhayr.

Faris menayangkan wajah kelat sambil matanya memandang ke arah siling. Sebuah keluhan kecil dilepaskan.

"Ni semua mama aku punya hal. Aku nak relax pun tak boleh."

"Mama kau? Asal? Dia ungkit pasal menantu lagi ke?"

Faris mengangguk perlahan membuatkan Zuhayr tersengih. Kebetulan pula malam tadi pun Datin Zareena mengungkit tentang hal yang sama. Namun nasib baik dia sempat mengelakkan diri dari di soal lebih lanjut oleh ibunya.

"So, kau bagi alasan apa pula kali ini?"

"Kali ini aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri. Biarlah dia berleter apa pun. Aku tadah aje lah telinga aku ni. Tapi sebal juga hati aku ni. Abang aku tak kahwin lagi tak ada pula dia nak membebel."

Zuhayr kemudian menutup skrin iPhone lalu melangkah ke arah Faris. Dia turut mengambil tempat di sebelah sahabatnya itu sambil melipat lengan kemeja hingga ke siku. Cermin mata yang dipakai diletakkan ke atas meja. Dia kemudian bersandar di sofa, sama seperti yang Faris sedang lakukan ketika ini.

"Mummy kau tak tanya pulak pasal benda ni?"

"Ada je dia tanya tapi aku macam biasa lari dulu sebelum kena soal. Lagipun kalau dia tanya aku bagi ajelah jawapan cliche. Nak bina kerjaya, tak ada jodoh lagi." Zuhayr mengangkat kening double jerk membuatkan Faris menjuihkan bibir.

"Heh, iyalah tu padahal tak boleh lupakan cinta pandang pertama."

Mata Zuhayr mencerlung tajam ke arah Faris. Faris ni pun dah serupa Datin Zareena, suka menuduh benda yang bukan-bukan.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now