46

11.9K 695 40
                                    

Pintu bilik wad dibuka perlahan. Zuha baru sahaja tiba setelah merehatkan diri di rumah. Hari ini giliran Datin Zareena mengambil alih tugas menjaga Zuhayr memandangkan sudah hampir dua minggu menantunya itu berada di hospital tanpa pulang ke rumah semata-mata untuk menjaga Zuhayr.

Jika diikutkan kata hati, Zuha langsung tiada niat untuk pulang ke rumah. Keadaan rumah pun sunyi sepi. Lebih baik jika dia duduk di hospital saja. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu terlalu susah hati kerana memikirkan keadaan Zuhayr jika dia dapat melihat lelaki itu dengan mata kepalanya sendiri.

"Kak long..."

Sofea lantas mendapatkan Zuha lalu memeluk tubuh kakak iparnya itu. Zuha mengukirkan senyuman tipis sambil membalas pelukan tersebut.

"Bila Fea sam..." Belum sempat Zuha menghabiskan bicaranya, dia terlihat kesemua ahli keluarga Zuhayr sedang berkumpul mengelilingi katil lelaki itu. Dahinya serta-merta berkerut.

"Ke...kenapa semua orang ada kat sini?" Zuha lantas memandang Sofea bagi meminta penjelasan kepada gadis itu.

Sofea menarik perlahan tangan Zuha lalu dia pimpin sehingga menghampiri katil abangnya. Zuha sudah mula berasa pelik apabila Sofea hanya membisu dan mengabaikan soalannya.

"Kak long, a-abang long..."

"Kenapa dengan abang long?"

Wanita itu terus memandang ke arah Zuhayr yang sedang diperiksa oleh doktor yang merawat. Matanya terpejam sekilas sambil tangannya diletakkan ke atas dada.

Syukur kerana akhirnya Zuhayr telah pun sedar setelah mengalami koma selama hampir dua minggu!

"Alhamdulillah, berdasarkan pemeriksaan, pesakit tiada apa-apa masalah yang berkaitan dengan pembedahan tempoh hari." terang doktor yang merawat.

Semua yang berada di situ menghela nafas lega sambil mengucapkan kata syukur apabila mendengarkan penjelasan doktor.

"Apapun, Encik Zuhayr masih perlu pemantauan dari pihak kami supaya kami dapat pastikan yang beliau benar-benar berada dalam keadaan baik. Encik Zuhayr, kalau ada rasa sakit kat mana-mana terutama bahagian kepala boleh segera maklumkan kepada nurse, ya?"

Zuhayr hanya mengangguk sambil mengukirkan senyuman segaris.

"Kalau macam tu, kami pergi dulu." ujar doktor tersebut sebelum dia bersama pembantunya berlalu pergi meninggalkan bilik wad itu.

Datin Zareena dan Dato' Zuhayr mula mendapatkan Zuhayr lalu memeluk tubuh anak sulung mereka itu.

"Alhamdulillah. Doa mummy dimakbulkan. Terima kasih along sebab bertahan sampai sekarang." ujar Datin Zareena.

"Along minta maaf sebab buat mummy dan daddy risau."

Dato' Zhafran hanya mengangguk. Wajahnya kelihatan tenang namun hatinya juga sedang menahan sebak ketika ini. Mujurlah yang baik-baik sahaja untuk anak sulungnya ini.

"Syukurlah along dah sedar."

Zuhayr kemudian memandang ke arah Sofea dan Zhareef. Dia perlahan-lahan mendepakan kedua belah tangannya lalu menggamit dua beradik itu supaya datang ke arahnya.

Tanpa membuang masa, Sofea dan Zhareef terus meluru masuk ke dalam pelukan abang mereka. Sofea sempat mengalirkan air mata sebaik sahaja berada dalam dakapan Zuhayr.

"Abang long... Fea rindukan abang long."

Zuhayr mula membelai lembut kepala Sofea untuk memujuk hati adik bongsunya itu agar tidak menangis. Manakala sebelah tangannya lagi menepuk lembut belakang Zhareef yang hanya diam sejak dari tadi.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now