"Come on, sayang. Angkat call abang ni."
Skrin iPhone itu kembali gelap apabila panggilan yang dibuat tidak berjawab. Sejak dari tadi Zuhayr bermundar-mandir sambil tidak putus menghubungi Zuha tapi malangnya, tiada satu pun panggilan yang diangkat oleh isterinya.
Zuhayr meraup kasar wajahnya berulang-kali. Nafas berat dihembuskan. Perbualan antara dia dan kedua ibu bapa mertuanya masih lagi berlegar-legar di ruang minda membuatkan dia semakin tidak senang duduk sejak dari awal lagi.
"A...apa maksud abah? Hawa dah meninggal?"
Pasangan itu mengangguk serentak. Terserlah riak sugul di wajah masing-masing.
"Ta...tapi Zuha kata dia nak jumpa–"
Zuhayr terbungkam. Dia tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana masih lagi tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. Dia juga masih lagi berada dalam keadaan keliru.
Kalau betul Hawa dah meninggal dunia, siapa pula yang Zuha jumpa selama ini?
Encik Zaim mengukirkan senyuman pahit. Dia tahu menantunya ini masih lagi tidak dapat menghadam tentang apa yang telah terjadi. Dia lantas memandang ke arah isterinya. Puan Mariam turut tersenyum pahit sambil mengangguk kecil. Mungkin inilah masanya untuk mereka menceritakan tentang apa yang telah terjadi kepada anak mereka.
"Tiga tahun lepas, arwah Hawa dan Zuha terperangkap di dalam lif di kolej kediaman mereka berdua. Nak dijadikan cerita, arwah Hawa rupanya sudah lama mengalami penyakit lemah jantung dan asthma. Kejadian itu menjadikan keadaan arwah Hawa semakin teruk dan akhirnya dia tidak sempat diselamatkan. Arwah meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital."
Encik Zaim menghela nafas berat. Remuk hatinya apabila mengingati peristiwa hitam itu di mana Zuha berubah 180° selepas peristiwa itu berlaku.
"Zuha pula pengsan sewaktu pihak bomba dan ambulans tiba di tempat kejadian tapi syukur dia sempat diselamatkan. Namun yang paling menyedihkan, Zuha langsung tidak sempat untuk melihat wajah arwah Hawa buat kali terakhir." ujar Encik Zaim lagi.
Air mata yang ditahan akhirnya gugur jua. Puan Mariam juga tidak dapat menahan sebak di dada setiap kali mengenangkan peristiwa itu. Encik Zaim lantas mengusap bahu Puan Mariam yang sedang tertunduk sebelum dia menyambung semula bicaranya.
"Sejak arwah Hawa pergi, Zuha lebih suka menyendiri. Dia sering menyalahkan diri sendiri tentang apa yang dah berlaku. Zuha percaya bahawa dialah punca kenapa arwah meninggal dunia. Kami termasuklah ibu bapa arwah Hawa sudah banyak kali mengingatkan Zuha yang semua ini adalah takdir. Tapi, Zuha tetap tidak dapat terima semua itu."
"Sebelum ini Zuha merupakan seorang yang ceria dan peramah. Terlalu berbeza jika hendak dibandingkan dengan sikap dia yang sekarang. Namun, disebabkan kejadian itu dia lebih suka memendam rasa sehingga doktor mengesahkan bahawa Zuha mengalami kemurungan. Lebih memilukan, Zuha sendiri yang mewujudkan arwah Hawa dalam hidupnya seolah-olah Hawa masih lagi bersama dengannya. Doktor kata mungkin disebabkan Zuha ingin menghilangkan rasa serba salah yang semakin menghantui diri ketika itu. Dan itu menunjukkan bahawa Zuha tidak pernah dapat menerima kenyataan yang arwah Hawa telah pun pergi buat selamanya."
Zuhayr terngadah. Tubuhnya serta-merta tersandar di sofa. Kedua bahunya turut mengendur. Jujur, dia tidak pernah menyangka bahawa isterinya terpaksa menanggung semua derita ini seorang diri sehingga ke hari ini.
Kuatnya dirimu kerana mampu bertahan hingga ke saat ini, sayang!
"Lama dia mengurungkan diri sehinggalah suatu hari dia membuat keputusan untuk bekerja di sini. Abah dan ma terus mengizinkan Zuha untuk bekerja kerana kami fikir dia sudah mula berlapang dada untuk menerima takdir itu."
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
RomanceStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...