26

11.8K 707 35
                                    

Zuhayr sesekali menjenguk skrin iPhone miliknya. Kadangkala sengaja dia menyentuh skrin telefon pintar tersebut, sekadar untuk memastikan jika ada sebarang mesej atau panggilan yang mungkin dia terlepas pandang. Tapi apa yang dia dapat hanyalah hampa semata.

"Encik Zuhayr Muqri, do you have any questions so far?"

Zuhayr tersentak kecil sambil membetulkan kedudukannya. Leka sangat tengok telefon sampai tak sedar pula mesyuarat pada petang itu telah tiba ke penghujung.

"Err... tak ada, Dato'."

Dato' Zhafran selaku CEO ZZ Group hanya mengangguk kecil.

"So, I rasa sampai sini sajalah meeting kita untuk petang ni. Semua boleh bersurai. Zuhayr Muqri, I nak jumpa you sekejap."

Zuhayr mengeluh sambil mengemam bibir. Dia bingkas bangun seraya melangkah mengikuti langkah Dato' Zhafran dari belakang. Apa entah tujuan Dato' Zhafran tiba-tiba hendak berjumpa? Kalau nak tanya tentang mesyuarat tadi, maaflah. Satu apa pun dia tak ingat sebab fikirannya betul-betul melayang entah ke mana sewaktu mesyuarat tadi.

"Daddy tengok along banyak termenung sejak balik dari Kemaman kelmarin. Ada apa-apa masalah ke?"

Zuhayr menutup rapat pintu bilik Dato' Zhafran sebelum melabuhkan punggung ke atas sofa yang berada di tengah-tengah bilik tersebut. Cermin mata yang dipakai ditanggalkan sebelum dia mula bersandar ke sofa. Pelipis dipicit perlahan berulang-kali.

"Tak ada apalah, daddy."

Dato' Zhafran menghampiri Zuhayr lalu labuhkan duduk di sebelah anak sulungnya itu. Butang blazer dibuka bagi menyelesakan kedudukan.

"Betul ni tak ada apa-apa? Kalau ada problem yang berkaitan dengan company beritahu je lah kat daddy. Nanti daddy minta tolong dengan assistant daddy untuk selesaikan hal tu."

"Tak payahlah, daddy. To be honest, along pun tak boleh cakap apa-apa sekarang. Along kena dapat permission dulu baru boleh bertindak."

Berkerut wajah tua itu ketika mendengar penjelasan Zuhayr. Semakin lama bercakap dengan Zuhayr semakin payah untuk dia fahami maksud di sebalik kata-kata anaknya itu.

"Daddy tak fahamlah. Cuba cakap dengan ayat yang lebih simple. Daddy ni dah tua, along. Manalah nak faham bahasa orang muda-muda ni."

Terus Zuhayr tergelak kecil. Daddy dia ni kadang-kadang kelakar juga orangnya. Bahasa simple macam mana lagi yang perlu dia gunakan? Ayat dia tu budak sekolah rendah pun boleh faham. Dia pun bukannya guna bahasa kiasan.

"Along pun tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi nantilah. Bila along dah dapat green light, along ceritakan kat daddy."

"Green light? Dari siapa? Mummy?"

Zuhayr lantas menggeleng. Dia kemudian memakai semula cermin mata sebelum memusingkan tubuh untuk menghadap Dato' Zhafran.

"Adalah. Along tak boleh cerita sekarang sebab benda tak confirm lagi. Emm, oh ya daddy. Along nak tanya something."

Dato' Zhafran menatap wajah anak sulung itu dengan penuh tanda tanya sambil menjungkitkan sebelah kening.

"Err, what if kita take over satu projek pembangunan kat area Kemaman? Kawasan tu kawasan kampung actually tapi along tengok projek tu ada potential dan boleh bagi manfaat untuk company kita."

Dato' Zhafran mengusap dagu sambil memikirkan cadangan Zuhayr.

"Let me see the details first. Tapi kalau along rasa okay, daddy setuju je. Along as a General Manager, Along sepatutnya lebih tahu pro and cons untuk sesebuah projek tu. Daddy percayakan Along."

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now