38

13.4K 740 28
                                    

Bunyi pintu dikuak dari luar menarik perhatian Zuhayr seketika sebelum dia menyambung semula kerjanya. Faris yang baru sahaja tiba terus labuhkan punggung di atas sofa. Sudah menjadi kebiasaan lelaki itu untuk singgah di pejabat Zuhayr selepas dia selesai menghadiri perbicaraan kes di mahkamah. Katanya saja nak healing dan pejabat Zuhayrlah tempat yang paling sesuai.

Ting.

Telefon milik Zuhayr berbunyi. Terdapat sebuah mesej diterima daripada isterinya. Tiba-tiba tawa kecil terletus dari mulut Zuhayr sebaik sahaja dia membaca mesej tersebut.

- Hi, bro!

Zuhayr membetulkan cermin mata di pangkal hidung sambil menghabiskan sisa tawanya. Nakal betul perangai Zuha Munirah ni.

Tawa kecil Zuhayr menarik perhatian Faris yang sedang bersandar di sofa. Apa yang menarik sangat ada kat telefon tu?

"Kau kenapa tiba-tiba ketawa?"

Zuhayr terus menunjukkan mesej tersebut kepada Faris.

"Kau tengok perangai bini aku ni. Aku punyalah ajar dia panggil aku dengan panggilan yang sweet sweet, dia pergi bantai panggil aku 'bro'? Dia ingat aku ni bff dia agaknya?"

Zuhayr masih lagi tertawa kecil. Mesej itu sengaja dibiarkan tidak berbalas. Nasib baik tak ada depan mata. Kalau tak memang awal-awal lagi dia sekeh isterinya itu.

Faris turut ketawa kecil lalu mengembalikan semula iPhone milik Zuhayr.

"Dia bergurau aje tu. Kau janganlah terasa hati." balas Faris.

"Mana ada aku ambil hati. Tapi penatlah nak suruh hari-hari. Kalau aku tak suruh tak adanya dia buat. Benda mudah kot. Bukannya kena bayar." ujar Zuhayr. Anak matanya masih lagi setia memandang ke arah skrin komputer.

Faris mula menggaru pelipis apabila mendengar luahan Zuhayr yang seolah-olah terasa hati dengan telatah isteri sendiri.

Eh, dia datang sini nak healing tapi tiba-tiba kena jadi kaunselor tak berbayar pula.

"Eh, kau ni pun. Dia malulah tu. Kau sendiri pernah beritahu kat aku yang dia tu pemalu. Bagilah dia masa. Korang pun baru aje kahwin. Baru nak kenal-kenal."

Zuhayr mengerutkan hidung sambil tangannnya menopang dagu. Dia pandang wajah Faris yang sedang tersengih sambil menjungkitkan sebelah kening.

"Macam tu eh?" soalnya.

Faris lantas memutarkan bebola mata ke atas. Orang dah bagi nasihat boleh pula tanya macam tu.

"Kau ni dari sebelum kahwin asyik nak gelojoh je. Cuba bawa bersabar sikit. Bukannya bini kau tu nak lari ke mana. Ada banyak masa lagi untuk korang spend masa bersama untuk kenal lebih dekat. Ish, kau ni. Aku yang single pulak kena bagi peringatan kat kau. Apa punya oranglah ni."

Zuhayr hanya tersengih mendengar leteran Faris. Mana ada dia gelojoh. Dia cuma kurang sabar je. Yelah, dah hampir dua bulan kahwin ni nak jugalah merasa dengar isteri sendiri guna panggilan manja untuk dirinya. Sepertimana mummy panggil daddy ataupun macam ma panggil abah.

Bak kata maksu, panggilan manja ni boleh menambahkan keharmonian rumah tangga. Ha gitu.

Tiba-tiba, pintu bilik pejabatnya dikuak kasar dari luar menyebabkan perhatian mereka berdua beralih ke arah pintu tersebut. Kelihatan Mia sedang tercungap-cungap di muka pintu dengan muka merah padam seperti baru lepas berlari menggunakan tangga.

"Mia? You kenapa ni?" soal Zuhayr seraya mendapatkan Mia yang sedang berusaha mengatur nafasnya.

"Zuhayr, I need your help!"

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now