"Tahniah, Zuha! You did it. Puan Nurin bagi ni untuk simpanan awak. Ah, by the way dia kirim salam." ujar Faris sambil menghulurkan sebuah novel berwarna biru laut itu kepada Zuha.
Zuha mengangguk lalu mengambil novel tersebut dari tangan Faris.
Akhirnya, novel 'Sekuntum Rindu antara Kita' telah selamat diterbitkan. Segala penat lelah Zuha dan Hawa selama ini akhirnya telah membuahkan hasil. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang penulis apabila dapat menerbitkan novel sendiri.
"Alhamdulillah. Thanks Faris atas pertolongan awak selama ni. Saya tak sangka akhirnya buku ni dapat juga diterbitkan."
Zuha membelek novel tersebut berulang kali. Sesekali dia mencuri hidu bau buku itu. Bau kegemarannya!
Faris tersengih sambil mengerling ke arah Zuhayr yang berpura-pura tidak mengambil tahu akan perbualan mereka berdua. Padahal tengah pasang telinga!
"Tak apa. Awak anggaplah itu rezeki awak, Zuha. Lepas ni mungkin awak boleh explore lebih dalam bidang penulisan."
Gadis itu lantas menggelengkan kepala sambil mengukirkan senyuman segaris. Dia membawa novel itu ke dalam pelukannya.
"Buat masa sekarang, mungkin tak. Adanya buku ni pun sebab saya sekadar untuk menunaikan janji kepada kawan baik saya. Dia lebih layak untuk menjadi seorang penulis."
Faris mengangguk kecil. Walaupun dia tidak mengenali siapakah kawan baik yang Zuha maksudkan, namun dia dalam diam mengucapkan kata syukur kerana akhirnya semuanya sudah selesai. Apapun keputusan yang Zuha ambil selepas ini, dia tetap mendoakan agar semua urusan gadis itu dipermudahkan.
"Apapun, congrats again, Zuha. Kalau dah famous nanti jangan lupakan saya pulak. Kalau boleh, panjang-panjangkanlah nama saya kat geng penulis nanti. Mana tahu saya boleh jadi lawyer diorang pulak?"
Zuhayr menggulingkan mata. Faris, Faris. Sempat lagi dia promote diri sendiri. Manakala Zuha menghamburkan ketawa kecil.
"Awak ni, Faris. Ke situ pulak dia. Tak ada maknanya saya boleh jadi famous sebab buku ni je. Jauh lagi perjalanan saya."
Zuhayr dalam diam mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Zuha.
Zuha memandang Zuhayr dengan ekor mata. Dah macam orang bisu pun ada si Zuhayr. Dari tadi hanya anggukan atau gelengan sahaja yang diberikan. Dia fikir Zuha tidak perasan tingkahnya itu agaknya.
"Kalau macam tu, saya balik dululah Faris."
"Okay. Hati-hati, Zuha."
Faris melambaikan tangannya ke arah Zuha sehingga gadis itu hilang dari pandangannya. Pandangannya kemudian beralih kepada Zuhayr yang sedang mengelap cermin matanya dengan menggunakan baju yang dipakai.
"Oi, asal bisu je dari tadi? Aku fikir kau ada nak sampaikan sesuatu kat Zuha?" soal Faris.
Hairan betul dengan sikap Zuhayr. Bila Faris memberitahu yang dia ingin menemui Zuha, Zuhayr yang sedang bermesyuarat ketika itu lantas menghentikan mesyuarat mereka secara mendadak kerana berkeras untuk mengikut dia berjumpa dengan Zuha. Alasannya? Tiada. Tapi apabila sampai di sini, Zuhayr hanya menjadi pemerhati. Malah senyap semedang.
Aneh. Tapi inilah Zuhayr.
Cermin mata berbingkai tebal itu dipakai semula. Zuhayr bingkas bangun dari tempat duduknya.
"Saja nak temankan kau. Kau lupa ke perempuan dengan lelaki mana boleh duduk berdua-duaan? Nanti ada syaitan jadi orang ketiga."
"So, kaulah syaitan tu? Kau kan orang ketiga?"
Zuhayr mendengus kasar seraya menendang buku lali Faris tanda geram. Orang cakap betul-betul boleh pula dia bergurau macam tu.
"Dahlah. Malas aku nak layan kau. Aku nak balik office. Nak siapkan kerja."
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
Storie d'amoreStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...