Zuha kini berada di dalam stor bersendirian. Semua ini atas permintaan Farid agar dia dapat membantu lelaki itu untuk membuat pemeriksaan stok. Farid pula tidak dapat melakukannya kerana mempunyai meeting bersama supplier ketika ini.
Dian menjengul kepala dari muka pintu bilik stor. Wajahnya mengorak senyuman apabila melihat Zuha yang sedang berdiri sambil memegang sebuah fail di tangan.
"Zuha."
Zuha berpaling sambil mengangkat kedua keningnya sejenak sebelum memandang semula ke arah fail yang dipegang sejak dari tadi.
Melihatkan Zuha yang tidak membalas sapaannya membuatkan Dian mengatur langkah lalu mendekati gadis itu.
"Busy betul kau ni. Relaxlah. Farid bukan ada pun sekarang. Dia kan ada meeting dengan supplier kat luar." tutur Dian. Lengannya sengaja diletakkan ke atas bahu Zuha, serba sedikit membuatkan Zuha rasa tidak selesa dengan perbuatan Dian itu.
"Aku dah janji dengan Farid nak settlekan sebelum aku habis syif." Zuha mengerling lengan Dian yang sudah siap 'landing' di atas bahunya. Amboi, minah ni. Sukahati mak nenek dia aje nak bergayut kat bahu orang. Lantas, Zuha mengalihkan lengan Dian menyebabkan Dian mula tersenyum kelat.
Sejak apa yang telah berlaku di butik tempoh hari, Zuha menjadi semakin tidak selesa dengan sikap Dian. Lebih-lebih lagi apabila Dian langsung tiada tanda-tanda untuk memohon maaf kepadanya. Malah, lagak gadis itu seperti tiada apa yang berlaku. Siap boleh cuba berbual mesra dengan Zuha, sama seperti sekarang.
"Oh, okay. Aku saja jenguk kau. Kot lah kau perlukan pertolongan aku." ujar Dian sambil memperbetulkan kedudukan rantai tangan emas 916 yang dipakainya.
Terjungkit sebelah kening Zuha sebaik sahaja dia melihat rantai tangan itu. Dian ni terlupa atau sengaja buat-buat tak faham? Mana boleh pakai aksesori ketika bekerja? Ini kalau Farid nampak puaslah kena marah dengan mamat tu.
"Dian, kan Farid dah pesan tak boleh pakai apa-apa aksesori? Kau lupa ke?"
Dian berdecit lalu segera menyorokkan rantai tangan tersebut di sebalik lengan panjang yang dipakai.
"Alah, aku kan bahagian cashier aje. Bukannya bahagian penyediaan makanan. Aku pun pakai lengan panjang. Tak adanya dia nampak melainkan kau yang mengadu kat dia."
Zuha mendengus geram sambil memutarkan bebola matanya. Degil betul minah ni.
"Dahlah. Baik kau pergi duduk kat kaunter tu. Kerja aku kat sini pun dah nak siap. Sekejap lagi aku pun nak pergi ke depan jugak."
"Emm, okaylah kalau macam tu. Aku pergi depan dulu."
Dian memusingkan tubuh lalu mengorak langkah. Sebuah senyuman sinis terukir di wajah. Belakang Zuha dijeling sekilas sebelum dia berlalu pergi.
"Kau berlagak ya? Tak apa. Kau tunggulah nanti, Zuha."
*****
Hati Zuha mula dihurung dengan rasa sebak dan terharu ketika dia membaca pelbagai komen yang tinggalkan oleh para pembaca yang setia membaca karyanya di aplikasi oren itu. Tak sangka masih ada yang sudi membaca karyanya itu hingga ke akhirnya walaupun ianya tidaklah sehebat seperti karya milik penulis lain.
Ada yang bergembira dan ada juga yang turut mendoakan Zuha agar dia dapat menghasilkan karya seterusnya secepat yang mungkin.
"Congrats, author Estelle. Tak sangka dapat habiskan bacaan karya author sampai habis. Sumpah love teruk dengan semua karya author."
"Huhu, sedihnya. Lepas ni mesti rindu kat diorang."
"Wah! Dah tamat! Tak sabar tunggu next karya author. Haha!"
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
RomanceStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...