6

13K 688 19
                                    

Hujan lebat sedang membasahi bumi ketika ini. Suhu di dalam library ini pula dah macam duduk kat kawasan Antartika sehingga membuatkan Zuha sesekali terbersin dek kerana kesejukan. Dia menggosok kedua belah lengan untuk menghangatkan tubuhnya. 

Zuha menutup buku nota yang berwarna maroon itu. Skrin notebook computer dipandang sejenak. Sejak dari pagi lagi dia meluangkan masa di sini sambil menyiapkan manuskrip yang telah lama tersimpan rapi di dalam notebook computer miliknya itu. Jika diikutkan, pemilik asal manuskrip itu adalah kawan baiknya sendiri iaitu Hawa tapi disebabkan Hawa membuat keputusan untuk berhenti menulis, jadi Zuhalah yang secara sukarela menyambung manuskrip tersebut. Kata Zuha, sayang jika tidak dihabiskan kerana manuskrip itu pun sudah hampir siap walaupun bukan sepenuhnya.  

'Cukuplah sampai sini. Esok boleh sambung lagi.'  desis hati kecil gadis itu. 

Skrin notebook computer dimatikan. Dia bingkas bangun lalu melangkah ke arah rak buku yang berada berhampiran dengan tempat duduknya. Zuha membuat keputusan untuk mencari bahan bacaan sementara menunggu hujan reda.

Zuha kini berdiri di hadapan sebuah rak buku yang penuh dengan deretan koleksi novel lama.

"Eh, novel Adam & Hawa pun ada jugak? Macam best aje kalau baca balik ni."

Ulas bibirnya melengkung ke atas membentuk sebuah senyuman kecil apabila melihat novel itu. Itulah novel pertama yang berjaya membuatkan dirinya menjadi seorang pembaca novel tegar sehingga kini.

Tapi sayangnya novel itu berada di rak bahagian paling atas. Tinggi dia pun cuma 155 cm aje. Walaupun nampak macam mustahil, gadis itu tetap cuba untuk mencapai novel tersebut dengan hujung jarinya sambil terjengket-jengket. Namun tetap juga gagal.

"Haih, tak sampai pulak. Tangga pun tak ada kat sini. Kempunan la nak baca novel Aisya Sofea ni." Zuha menggumam perlahan sambil menggaru pipi sekilas.

Dia akhirnya berputus asa dan ingin beredar ke bahagian rak yang lain. Sebaik sahaja Zuha memusingkan tubuh, dia mengaduh apabila dia terasa seperti terlanggar sesuatu yang keras sehingga menyebabkan hidung terasa pedih.

Aduh, sakitnya! Hidung ni dahlah sensitif. Nanti tak pasal-pasal asyik bersin aje.

"Nak ambil yang mana satu?"

Terjungkit sebelah kening Zuha sambil mendongak ke arah pemilik suara itu.

Eh, dia ni lagi!

Zuhayr memandang tepat ke arah anak mata gadis itu sambil menunggu jawapan darinya. 

"Ehem, kuat betul mengelamun kau ni. Aku tanya ni kau nak yang mana satu? Dari tadi aku tengok kau terjengket-jengket kat sini." ujar Zuhayr sambil membetulkan kedudukan cermin mata di pangkal hidung apabila melihat Zuha seakan-akan diam membisu. Kebetulan pula dia melalui kawasan ini ketika dia terlihat gadis ini sedang berusaha untuk menggapai sesuatu dari rak tingkat atas sambil berdiri di hujung kakinya.

Dah tahu diri tu pendek, ambillah novel lain yang berada di rak tingkat bawah sikit. Sekurang-kurangnya rak yang sama paras dengan ketinggian gadis itu.

Teguran dari lelaki itu membuatkan Zuha tersentak kecil lalu tayang senyuman janggal.

"Err, t-tolong ambilkan novel Aisya Sofea tu, yang tajuk Adam & Hawa."

Zuha beredar ke tepi sedikit bagi memberi ruang kepada Zuhayr untuk mengambil novel tersebut.

Hmm, untunglah orang tinggi ni. Tak payah terjengket-jengket macam dia kalau nak ambil barang kat tempat tinggi macam ni.

Zuhayr dengan mudah mengambil novel seperti yang dipinta oleh Zuha lalu menyerahkannya kepada gadis itu.

"Thanks." ucap Zuha.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now