22

12.1K 737 44
                                    

Nafas berat dihela apabila bunyi esakan Zuha masih lagi menyapa gegendang telinga milik Zuhayr. Dia kini sedang berdiri sambil bersandar di luar pintu kereta. Manakala Zuha pula berada di tempat duduk bahagian belakang kereta dalam keadaan yang tidak terurus. Habis sembab matanya akibat terlalu banyak menangis. Hidung gadis itu turut berubah warna seperti warna hidung badut. Namun begitu, air mata gadis itu tetap tidak berhenti daripada mengalir.

"Zuha, nah."

Zuhayr membuka penutup botol air mineral sebelum menyerahkannya kepada Zuha. Gadis itu hanya menyambut botol air mineral tersebut tanpa berkata apa-apa.

"Minum. Kalau boleh habiskan satu botol tu."

Zuhayr membetulkan cermin mata di pangkal hidung. Lebihan rambut yang terjuntai di dahi disebak ke belakang. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi namun Faris masih lagi berada di dalam balai bagi menyelesaikan urusan berkaitan dengan Izham.

Zuha meneguk air mineral itu tanpa membantah arahan Zuhayr. Entahlah. Fikirannya tiba-tiba menjadi kosong. Hal malam ni bukan setakat berhenti di sini aje. Satu hal pula hendak menjelaskan tentang perkara yang telah berlaku kepada keluarga masing-masing memandangkan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tak lama lagi. 

Tapi, hatinya sayu apabila teringat akan kedua orang tuanya. Ma dan abah adalah orang yang paling gembira ketika Zuha memberitahu bahawa dia bersetuju untuk bertunang dengan Izham. Izham merupakan calon pilihan abahnya. Dari mana mereka kenal dan berjumpa, dia kurang pasti. Tahu-tahu aje Izham datang bersama keluarga dia untuk meminang dirinya.

Air mata yang masih bersisa diseka perlahan dengan tapak tangan. Kepalanya disandarkan di tingkap kereta yang sedang terbuka separuh itu. 

"Haih, kenapalah aku yang kena hadap semua ni?" Zuha menggumam perlahan namun suaranya itu tetap sampai ke gegendang telinga Zuhayr.

"Sebab kau orang yang kuat."

Serta-merta gadis itu mengangkat wajahnya untuk melihat lelaki itu dengan air mata yang masih bersisa di tubir mata. 

"Kau rasa semua ni sebab kau kuat. Kalau tak, kau takkan ada kat sini."  Zuhayr jeda sebentar sebelum menyambung semula bicara. Wajahnya didongakkan ke langit. Menikmati keindahan langit malam yang sedang dihiasi dengan cahaya bulan dan kerlipan bintang-bintang. 

"Allah bagi kau ujian sebab Allah tahu yang kau mampu hadap semua ni. Allah tu tak kejam, Zuha. Dia takkan membebankan hambaNya. Allah bagi ujian yang sesuai dengan hamba yang Dia pilih."

"Tapi bukan mudah nak hadap semua ni. Saya dah penat. Mungkin salah saya juga sebab terlalu berharap dengan benda yang tak pasti." 

"Sebab itulah kau kena terima kenyataan yang kau tu kuat. Cuma orang kuat je yang mampu hadap semua ni. Kau penat? Kau boleh berehat tapi bukan berputus asa. Izham kecewakan kau? Kau masih ada orang di sekeliling yang ambil berat pasal kau. So, tak perlu pun kau nak menangis sebab lelaki macam tu." ujar Zuhayr sambil memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket seluar. Wajah gadis itu dikerling sekilas.

"Bila kau kecewa, satu aje yang kau kena pegang. Walau apapun yang terjadi, kau kena bersangka baik dengan Allah. Saat kau dah mula bersangka baik, masa tu juga Allah tengah siapkan sesuatu yang terbaik untuk kau. Mungkin sekarang kau tak nampak lagi semua tu, tapi insyaallah suatu hari nanti kau akan nampak hikmahnya."

Zuha menelan perit liurnya. Kata-kata Zuhayr benar-benar menjentik hatinya yang sedang lara saat ini. Haih, rasa nak menangis balik bila dengar mamat ni bercakap. Tiba-tiba juga dia rasa macam berdosa sebab mengeluh tak tentu hala. 

Laju tangannya naik menghapus kasar air mata yang menitis di wajahnya.

"Lah, kan aku dah cakap jangan menangis sebab jantan tu?" Zuhayr terus mengambil kotak tisu yang berada di tempat duduk hadapan lalu dihulurkan kepada gadis itu.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now