51

14K 808 101
                                    

Hari ini Zuhayr sudah dibenarkan pulang dari hospital. Namun begitu, kedua ibu bapanya berkeras agar pasangan tersebut tinggal untuk sementara waktu di rumah mereka sehingga Zuhayr sembuh sepenuhnya.

Zhareef menjinjit beg pakaian milik abang dan kakak iparnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik Zuhayr. Beg tersebut diletakkan di sebelah katil. Zhareef memandang pasangan itu sekilas sambil mengukirkan sebuah senyuman.

"Mummy suruh kak long dan abang long berehat dulu. Nanti Zhareef panggil bila lunch dah ready."

"Eh, tak apa ke kalau kalau tak turun bawah? Kasihan pula mummy kena prepare lunch sorang-sorang." ujar Zuha. Belum sempat dia melangkah untuk keluar dari bilik itu, langkahnya segera dihalang oleh Zhareef.

"Kak long kena banyakkan berehat. Kak long kan penat sebab dah berminggu jaga abang long kat hospital. Jangan risau. Fea dan Mak Kiah pun ada boleh tolong mummy. Kak long rehat, ya? Nanti mummy marahkan Zhareef pula sebab tak halang kak long. Daddy pun pesan benda yang sama."

Zuha tersengih sambil menggaru pipi. Dia sebenarnya serba salah untuk duduk sahaja di dalam bilik sedangkan ahli keluarga lain bertungkus-lumus menyediakan hidangan di dapur. Tetapi disebabkan dirinya sudah mula berasa letih, akhirnya dia mengalah.

"Yelah. Terima kasih, Zhareef."

Zhareef senyum sekilas lalu meninggalkan bilik tersebut. Suasana kini menjadi canggung apabila hanya tinggal Zuha dan Zuhayr berdua sahaja di dalam bilik ini. Pada Zuha, perasaan janggal ini mengimbau kembali sewaktu mereka mula menikah dahulu, iaitu beberapa bulan yang lalu.

Bagi mengurangkan rasa janggal tersebut, Zuha terus membuka beg pakaian mereka berdua dengan niat untuk menyusun pakaian tersebut di dalam almari. Lebih baik begitu daripada duduk saja dan tenung dinding. Yelah, ada suami pun macam duduk dengan orang asing tapi ini versi halal.

Zuhayr hanya duduk dibirai katil sambil memerhatikan gerak-geri Zuha yang sedang mengemas baju mereka. Sebuah keluhan dilepaskan. Dia dapat merasakan yang Zuha seperti ingin mengelakkan diri daripadanya. Bukan hari ini sahaja, malah hari-hari sebelum ini pun sama seperti sekarang. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa dari wanita itu. Malah mereka hanya berkata apabila perlu sahaja.

Argh! Ini semua salah dia!

"Abang..."

Suara lembut milik Zuha mematikan lamunan Zuhayr. Dia sendiri tidak sedar sejak bila isterinya itu berdiri di hadapannya. Termenung jauh sangat nampaknya kau ni Zuhayr!

Lelaki itu berdehem lalu menjungkitkan kedua keningnya, tanda menyuruh Zuha melanjutkan kata-katanya.

Tanpa disangka-sangka, Zuha terus melutut di hadapan Zuhayr. Tangan suaminya diraih lembut lalu dikucup lama. Gaya seperti sedang bermaafan di pagi raya. Dia kemudian mendongak untuk memandang wajah Zuhayr sambil mengukirkan sebuah senyuman hambar.

"Abang... Zuha minta maaf atas segala salah dan silap Zuha sepanjang kita berkahwin. Zuha minta maaf sebab tak dapat jadi isteri yang terbaik buat abang."

Dahi Zuhayr lantas berkerut seribu. Tindakan isterinya itu mula membuatkan Zuhayr berasa resah dan gelisah.

"A...apa awak cakapkan ni?"

Zuha hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Kini tangannya naik mengusap lembut pipi lelaki itu.

"Abang jangan skip appointment doktor, tau? Jangan malas makan ubat. Luka kat dahi tu Zuha tengok dah kering so abang dah tak perlu cuci luka tu lagi. Abang mungkin tak ingat tapi Zuha nak abang tahu yang Zuha bahagia sepanjang jadi isteri abang. Terima kasih sebab sudi jadikan Zuha sebagai isteri abang walaupun Zuha bukanlah isteri yang sempurna seperti yang abang harapkan." ujar Zuha panjang lebar. Liur ditelan perit. Bebola mata sudah mula bergerak ke kiri dan ke kanan sambil menahan sebak di dada.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now