14

10.6K 718 21
                                    

Farid menyelak sehelai demi sehelai novel yang telah dikirim oleh Dian kepadanya pagi tadi. Sesekali dia menguap kecil sambil membaca novel tersebut. Farid ni bukanlah seorang yang gemar membaca novel tapi dah orang nak bagi, tak sampai hati pula dia hendak menolaknya.

Tok. Tok.

Ketukan perlahan di muka pintu bilik pejabat menarik perhatian jejaka itu. Lantas novel yang berada di tangan serta-merta diletakkan ke atas meja. Sebuah senyuman dilemparkan kepada susuk tubuh yang sedang tercegat berdiri di muka pintu.

"Yes, Zuha. Ada apa?"

Zuha mengatur langkahnya sehingga berdiri di hadapan meja Farid. Dia kemudian menghulurkan sebuah fail yang berisi laporan inventory berserta senarai stok seperti yang dipinta oleh Farid pada tempoh hari.

"Aku datang nak bagi benda alah ni. Semuanya aku dah siapkan."

Fail itu kemudian beralih tangan. Sewaktu Zuha berdiri sambil menanti respon Farid, matanya mengamati sebuah novel yang berada di atas meja. Dia mula berasa hairan kerana setahunya lelaki ini bukanlah penggemar novel. Baru aje buka helaian pertama, tiba-tiba dah menguap. Ajaib betul. Farid juga pernah memberitahu kepada Zuha yang buku-buku ni lebih sesuai dijadikan sebagai 'ubat tidur' untuk dirinya.

Hampeh betul.

"Farid, sejak bila kau baca novel?"

Mata Farid beralih seketika ke arah novel yang dimaksudkan oleh Zuha sebelum kembali semula membaca laporan yang berada di tangan.

"Oh, tu Dian bagi kat aku. Aku ni bukan suka sangat baca novel. Kalau kau nak, ambillah."

Tersenyum lebar dibuatnya apabila Farid berkata begitu. Laju tangan gadis itu menyambar novel tersebut. Siapa aje yang tak nak benda free? Bak kata pepatah, mara jangan dipukat, rezeki jangan ditolak. Haha. 

"Yes, tak sia-sia aku menapak kat office kau ni. Thanks, Farid!"

Farid hanya tersengih melihat mata Zuha yang bersinar-sinar ketika membelek novel itu. Dasar hantu novel! 

Senyuman yang pada awalnya terukir di wajah gadis tiba-tiba mengendur. Gigi diketap rapat. Rahang pula bergerak-gerak tanda dia sedang menahan marah. Dia menggenggam kuat tangannya sehingga menyebabkan helaian novel itu hampir renyuk dibuatnya. 

Farid yang perasan akan perubahan riak wajah Zuha dengan segera menegur gadis itu.

"Zuha, kau kenapa ni? Kau okay tak?"

Nafas dihembus perlahan bagi menenangkan diri. Zuha kembali memandang Farid dengan matanya yang sudah pun menjadi merah akibat cuba untuk tidak mengalirkan air mata.

"Farid, aku nak mintak half day hari ini. Ada something yang perlu aku selesaikan."

Tanpa menunggu balasan Farid, Zuha terus menghayun langkah meninggalkan lelaki itu yang berada  dalam keadaan terpinga-pinga. Telefon yang berada di poket belakang seluar dicapai lalu Zuha segera mendail nombor seseorang.

"We need to talk."

*****



Tangan disilangkan ke dada. Zuha kini berdiri di hadapan sebuah bangunan seperti yang dijanjikan. Novel yang dipegang sejak tadi dipandang dengan rasa marah.

Sekarang ni dia rasa macam nak bakar novel tu tapi mujurlah akal fikirannya menyuruh dia untuk bersikap rasional. Dia perlu bertenang. Dia tidak mahu api kemarahan menguasai dirinya.

"Hai, kawan lama. Apa khabar?"

Dian melambai tangannya sambil tersenyum senget. Suka betul dia melihat riak wajah Zuha yang tegang tanpa sebarang senyuman tercalit di wajah itu.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now