23

11.5K 711 34
                                    

Sofea memandang Zuhayr dan Zuha bersilih ganti dari tempat duduk belakang. Sejak tadi, kedua-duanya hanya membisu dengan masing-masing cuma tayang riak wajah kosong. Tiba-tiba rasa macam menyesal pula dia bersetuju untuk mengikut abangnya.

'Itulah. Berjaga lagi sampai pukul tiga pagi! Apa abang kau cakap pun kau iyakan je.' getus hati kecil Sofea memarahi dirinya sambil mengingatkan semula apa yang telah terjadi malam tadi.

Pintu utama rumah terkuak menyebabkan Sofea berpaling sekilas sebelum menonton semula drama korea yang sedang disiarkan di televisyen. Pukul tiga pagi baru sampai rumah. Busy betul abang sulungnya ini.

"Fea, kenapa tak tidur lagi ni?" soal Zuhayr sebaik sahaja matanya terpandang akan adiknya yang masih lagi berjaga ketika itu.

"Kejap lagi Fea tidurlah. Nak habiskan drama ni dulu."

Zuhayr hanya menggeleng kecil. Tanpa melengahkan masa, dia terus mengambil remote control yang berada di sebelah Sofea lalu dimatikan televisyen tersebut.

Sofea menjengilkan matanya ke arah Zuhayr yang masih lagi sikap bersahaja. Tak ada rasa bersalah langsung ke tiba-tiba kacau orang tengok tv?

"Masuk tidur sekarang. Esok kita nak pergi jalan jauh."

"Pergi mana pulak?"

Dahi bersih itu berkerut seribu. Rasanya mummy dengan daddy pun tak ada pula sebut tentang percutian ke apa ke. Takkan nak kena temankan abang dia ni pergi outstation kot?

"Temankan abang long. Alang-alang tu jadi co-driver abang long sekali." ujar Zuhayr.

Lelaki itu terus meninggalkan Sofea yang masih lagi terpinga-pinga di ruang tamu. Jaket kulit yang dipakai ditanggalkan. Kaki panjangnya mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur. Dia sudah berasa tidak selesa dan perlu membersihkan diri sebelum tidur.

Perjalanan esok pula agak jauh. Dahlah malam ni tidur lambat. Harap-haraplah esok boleh bertahan sebelum tiba di tempat yang ingin ditujui itu.

Bunyi pintu bilik ditutup bagai mematikan lamunan Sofea. Eh, sekejap. Sejak bila pula dia bersetuju dengan kata-kata Zuhayr tadi?

Oh, ya. Lupa. Setiap kata-kata Zuhayr merupakan arahan. Kalau dah arahan, mestilah kena patuh! Huh!

"Err, akak dah breakfast?" 

Sofea menghulurkan sebungkus plastik yang berisi beberapa ketul roti berserta air kotak milo kepada Zuha. Zuha tersentak seketika sebelum dia menggeleng sambil mengukirkan senyuman.

"Tak apalah. Akak tak lapar..."

Krukk krukk.

Zuha berdecit perlahan sambil menyentuh perutnya. Ish, perut ni pun masa macam ni tak nak bagi kerjasama langsung! Memalukan sungguh!

Sofea sudah tergelak kecil manakala Zuhayr hanya mendiamkan diri. Matanya memandang ke hadapan sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya.

"Ambillah kak. Fea ada beli extra untuk alas perut. Nanti along singgah R&R, baru kita makan yang berat sikit."

Nak tak nak terpaksa juga Zuha mengambil roti tersebut. Perutnya pula sudah terasa pedih akibat tidak menjamah sebarang makanan sejak pagi. Kalau ikut rancangan asal, dia mahu menyinggah gerai tepi jalan je untuk sarapan pagi tapi tak sangka pula tiba-tiba Zuhayr ni pun ada sama. 

Bila ditanya, Zuhayr sekadar memberi alasan yang Zuha tidak cukup tidur, jadi bahaya kalau memandu seorang diri. Gadis itu memuncungkan bibir. Zuhayr tu macamlah cukup tidur sedangkan dia pun pulang ke rumah lebih lambat dari Zuha. 

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now