Dari pintu dapur Puan Mariam dapat melihat anak daranya yang sedang duduk di pangkin sambil termenung jauh seorang diri. Dia mengukirkan senyuman lalu menyusun langkahnya untuk mendapatkan Zuha. Kedua tangannya pula sibuk menatang sebuah dulang yang berisikan sebuah teko dan beberapa biji cawan berserta sepinggan pulut lepe untuk minum petang.
"Jauhnya termenung anak dara sorang ni."
Teguran dari Puan Mariam mematikan lamunan Zuha. Dia lantas mengesot sedikit bagi memberi ruang kepada ibunya untuk meletakkan dulang tersebut.
"Banyaknya pulut lepe ni. Bila masa ma buat? Tak cakap dengan kakak pun ma nak buat pulut lepe?"
"Mana ada ma buat. Ni abah yang beli. Dia tahu anak dia suka makan pulut lepe ni kalau tiap kali balik rumah."
Zuha terdiam. Sudah hampir tiga hari dia tidak bertegur sapa dengan abahnya disebabkan hal itu. Zuha lebih selesa berkurung di dalam bilik daripada bertembung dengan Encik Zaim. Dia hanya akan keluar dari bilik tersebut apabila memastikan Encik Zaim tiada di rumah.
Setiap kali dia teringatkan hal itu, hatinya dihurung rasa kecewa yang terlampau sangat. Dia beranggapan bahawa Encik Zaim sudah tidak ambil peduli akan dirinya dengan menerima Izham sebagai menantu. Malah bagi Zuha, Encik Zaim lebih mementingkan orang kampung dari anak sendiri.
"Sudah-sudahlah tu, kakak. Sampai bila kakak nak mengelakkan diri dari abah? Apa-apa pun dia tetap abah kakak. Darah daging kakak." Puan Mariam cuba memujuk anak daranya sambil mengusap lembut belakang tubuh Zuha.
Zuha melepaskan keluhan lalu menjatuhkan pandangan ke atas tanah. Kedua kakinya sengaja dijatuhkan di tepi pangkin sambil menghayun perlahan kakinya itu.
"Entahlah, ma. Kakak tak boleh terima dengan keputusan abah. Kakak dah cuba untuk redha, ma. Tapi kakak... tak boleh."
"Ambillah masa berapa lama yang kakak nak. Tapi kakak kena ingat, walau apapun yang terjadi dia tetap abah kakak. Orang yang jaga dan didik kakak dari kecil. Abah sayangkan kakak. Dia buat semua ni demi kepentingan kakak jugak."
Ternaik sedikit hujung bibir Zuha. Matanya menekur tanah yang kelihatan sedikit lembab akibat hujan tengahari tadi.
Kepentingan dia atau kepentingan abah? Tapi kata-kata itu tidak mampu diluahkan. Bimbang akan membuat Puan Mariam berkecil hati.
"Ma, apa yang akan jadi kalau kakak masih lagi bersetuju untuk berkahwin tapi bukan dengan Izham?" soal Zuha tiba-tiba.
Puan Mariam mengangkat kedua belah keningnya. Soalan yang dilontarkan oleh Zuha agak mengelirukan baginya. Kalau bukan dengan Izham, dengan siapa pula Zuha hendak berkahwin?
"Apa maksud kakak? Ma tak faham."
"Tak ada apalah ma."
Zuha lantas menggeleng. Malas hendak panjangkan cerita. Serta merta kata-kata Zuhayr bermain di minda. Zuha masih dilemma sama ada hendak menerima cadangan lelaki itu ataupun tidak.
Kalau dia terima cadangan Zuhayr, agak-agak dia dikira sebagai anak derhaka ke sebab membelakangkan ibu bapanya? Tapi abah pun bukan ambil kira tentang perasaan dia.
Haih, Zuha. Tak baiklah cakap macam tu. Kan ma dah pesan, dia tetap abah, darah daging sendiri.
"Kakak, cuba cerita dengan ma. Kenapa ni? Kalau kakak tak nak kahwin dengan Izham, kakak nak kahwin dengan siapa? Takkan kakak nak kahwin lari kot?"
Zuha tergelak kecil. Kahwin lari? Tak pernah pula dia terfikir sampai ke situ. Daripada dia kahwin lari, baik dia larikan diri jauh dari sini. Hidup bujang lagi best kot.
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
RomanceStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...