"Awak, meriahnya rumah daddy ni. Ada majlis apa-apa ke?" soal Zuha ketika merenung je luar tingkap kereta sewaktu BMW X6 itu masuk ke dalam perkarangan rumah Dato' Zhafran.
Zuhayr turut melemparkan pandangan ke luar kereta sambil membetulkan kedudukan cermin mata. Dahinya turut berkerut apabila melihat beberapa buah kereta yang tidak dikenali berada di kawasan garaj kereta.
"Saya tak sure. Mummy tak cakap apa-apa pun semalam. Takkan makcik saya pun ada jugak?"
Zuha mula berasa gelisah. Dia ni sudahlah masih belum biasa dengan keluarga Zuhayr, ini pula dengan saudara Zuhayr yang lain.
Zuhayr yang perasan akan perubahan riak wajah isteri mula mencapai tangan isterinya. Dikucup lembut tangan itu umpama ingin menyalurkan ketenangan buat Zuha. Tangannya kemudian naik lalu mengelus lembut pipi isterinya.
"Jangan risau. Saya ada. Awak duduk aje sebelah saya, okay?"
Wajah Zuha yang penuh kerisauan tadi mula mengoyakkan senyuman. Dia membalas pandangan suaminya lalu mengangguk sekilas.
"Ha, dah sampai pun. Masuk dulu, along. Zuha. Lambat betul kamu sampai. Kitorang dah habis makan dah pun."
Datin Zareena segera melangkah ke arah pintu utama rumah sebaik sahaja melihat anak dan menantunya sedang berdiri di muka pintu. Dia kemudian menarik Zuha ke dalam pelukan sambil mengelus lembut belakang menantunya. Zuha hanya tersengih lalu membalas pelukan itu.
Zuhayr menjungkitkan kening. Bukan main lagi mummy ni bila dah jumpa menantu. Terus lupa anak sendiri. Matanya kemudian memandang sekilas ke arah ruang tamu yang dipenuhi oleh keluarga Dato' Zaid, bapa saudara Zuhayr.
Oh, patutlah meriah semacam aje.
"Maaf mummy. Along ada meeting tadi. Tu yang lambat sikit sampai." ujar Zuhayr.
Datin Zareena menjuihkan bibir sambil meleraikan pelukannya.
"Along ni. Tak habis-habis dengan kerja. Ha, Zuha sihat? Along ada buli menantu mummy ni tak?" Kini pandangan Datin Zareena beralih pula kepada Zuha.
Zuha tergelak kecil. Jauh di sudut hati dia tidak menyangka bahawa kehadirannya disambut baik oleh ibu mertuanya. Malah, senyuman tidak lekang di wajah mertuanya itu sejak dari tadi. Sama seperti ketika mereka bertemu buat pertama kali sebelum ini.
"Buli tu tak ada, mummy. Cuma Zuhayr suka menyakat Zuha."
"Tak habis-habis dengan perangai suka menyakat. Kalau Zuha menangis, siaplah along mummy kerjakan." Datin Zareena memincingkan matanya ke arah Zuhayr menyebabkan anak sulungnya itu mula menggosok lembut bahagian tengkuk. Siap tayang gigi lagi tu.
"Biasalah bergurau suami isteri. Mummy jangan risaulah. Tak adanya along nak buat isteri along ni menangis."
Zuhayr tersengih lalu mengerling Zuha sekilas. Dia melihat isterinya turut tertawa kecil seperti sedang mentertawakan dirinya.
Zuha sempat memandang Zuhayr lalu menjelirkan lidah kepada suaminya. Padan muka! Kan dah kena warning dengan mummy.
"Along, Zuha. Buat apa kat tercegat kat situ? Masuklah dulu. Awak ni pun satu, ajaklah budak-budak tu masuk baru nak bersembang." ujar Dato' Zhafran yang sedang bersembang dengan Dato' Zaid di ruang tamu.
"Sorrylah. Saya excited ni nak jumpa menantu kesayangan saya. Korang berdua pergilah makan dulu. Mummy dah pesan kat Mak Kiah untuk siapkan makanan untuk korang." tutur Datin Zareena.
Zuha hanya mengangguk. Dia lantas memandang wajah suaminya.
"Awak, jom. Saya dah lapar. Hehe." bisik Zuha sambil memegang jari kelingking milik suaminya.
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
RomanceStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...