Berkerut seribu dahi bersih itu sebaik sahaja dia melihat Dian sedang melambai ke arahnya. Dian Izzara? Sejak bila pula Dian dan Zuhayr mula rapat sampai boleh bergelak tawa seperti tadi?
"Hi, Zuha. Long time no see. Kau baru sampai ke?" soal Dian, sengaja berbasa-basi. Mia yang berada di belakang Zuha tidak dihiraukan.
Zuha lantas mengukirkan senyuman segaris lalu mengangguk kecil. Manakala Mia hanya memerhatikan Dian sambil bersandar di dinding dengan keadaan tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Kau dah lama sampai? Mana kau tahu Zuhayr ada kat sini?"
Mata Zuha sempat mengerling ke arah Zuhayr yang hanya bermain dengan telefon pintarnya. Langsung tidak menghiraukan kehadiran Zuha, pandang pun apatah lagi. Oh, sekarang ni dah tak sudi ke nak tengok wajah isteri sendiri sebab dah ada Dian depan mata?
"Tak lama mana pun. Kebetulan kawan aku pun warded kat sini so alang-alang tu aku melawatlah Zuhayr sekali." ujar Dian.
Dian memerhatikan wajah suram gadis itu. Dalam diam dia ketawa mengejek akan Zuha. Berita yang mengatakan bahawa Zuhayr kini sedang mengalami amnesia benar-benar mengejutkan dia. Mujur juga Zuhayr masih mengingati siapa dirinya tapi yang paling penting, dia berasa puas hati apabila mengetahui bahawa Zuhayr langsung tidak mengingati Zuha, isterinya sendiri.
Baguslah tu. Jika hal ini berlarutan tak mustahil pasangan ini akan membawa haluan masing-masing tidak lama lagi.
"Oh, Zuhayr ingat kau. Baguslah." Zuha menggenggam erat hujung blouse yang dipakai. Hatinya bagaikan disiat-siat saat ini. Zuhayr boleh ingat semua orang kecuali dia. Besar sangatkah dosa yang dia lakukan sampaikan dia dihukum sebegini rupa?
"Terima kasih Dian sebab sudi luangkan masa untuk melawat Zuhayr." ujar Zuha sambil tersenyum kelat.
"Tak apa. Lagipun dia kan selalu datang lepak kat kafe Farid. So kira kenallah, kan?"
Zuha hanya mengangguk, tidak berniat untuk melanjutkan perbualan itu. Buat apa diteruskan jika itu boleh membuatkan Zuha terus makan hati?
Zuhayr yang hanya menjadi pendengar sejak dari tadi mula berura-ura untuk bangun. Tiba-tiba tekaknya terasa perit taktala pandangannya bertembung dengan pandangan maut milik Mia.
Gulp!
Perlahan-lahan dia menjatuhkan kedua kakinya di tepi katil sebelum dia mula mengatur langkah untuk keluar dari situ.
"Eh, Zuhayr. You nak pergi mana ni?" Terjungkit sebelah kening Dian apabila melihat Zuhayr yang nampak seperti hendak meninggalkan bilik ini. Ish, orang tak habis menyembang lagi kot!
"Keluar." Zuhayr hanya menjawab sepatah dengan nada mendatar. Wajah Dian langsung tidak diendahkan.
Zuha yang menyedari akan hal itu lantas menghampiri suaminya.
"Awak nak pergi jumpa doktor ke? Saya temankan awak, ya?"
Belum sempat Zuha memegang lengan suaminya, Zuhayr segera menepis perlahan tangan kecil itu sambil menggeleng perlahan.
"Tak apa. Awak nampak kurang sihat. Pergilah berehat dulu."
Zuha tercengang seketika dan mula berundur setapak ke belakang. Dia berasa malu namun rasa kecewa lebih menguasai diri. Sampai hati Zuhayr menolak pertolongan darinya. Benci sangat ke lelaki itu terhadap dirinya?
Dian tersenyum sinis lagi apabila melihat reaksi Zuhayr terhadap Zuha. Dia lantas mendapatkan lelaki itu dan terus memegang lengannya.
"I tolong you, ya?"
Laju Zuhayr mengelak apabila tangan Dian mula menyentuh lengannya. Belum sempat dia membalas, tiba-tiba terdengar suara Faris menyampuk perbualan mereka.
YOU ARE READING
HER BEAUTIFUL COMFORT - C
RomanceStatus: complete (Previous title: Her Beautiful Consolation) Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang...