28

12K 737 32
                                    

"Along biar betul? Along nak kami pergi meminang Zuha secepat yang mungkin? Lepas tu kahwin hujung bulan ni?"

Datin Zareena menyoal Zuhayr bertubi-tubi. Dato' Zhafran yang berada di sebelah hanya menggelengkan kepala. Pening dengan kerenah Zuhayr yang tiba-tiba sahaja hendak berkahwin.

"Along serius mummy. Pernah ke mummy tengok along buat kerja main-main?"

Zuhayr melepaskan keluhan kecil. Bukan mudah rupanya untuk menyakinkan hati kedua orang tuanya. Dia fikirkan mudah sebab ibunya sendiri sudah berkenan dengan Zuha untuk dijadikan sebagai menantu sebelum ini.

"Along beritahu daddy. Along dengan budak tu tak ada buat benda yang bukan-bukan, kan?" Dato' Zhafran pula menyoal. Mestilah pelik. Sebelum ni bukan main lagi anak sulungnya ini mengelak jika disebut tentang kahwin. Tiba-tiba hari ini suruh masuk meminang anak orang.

Lantas Zuhayr menggeleng laju. Ish, ayahnya ni boleh pula menyimpang fikirannya! Dia pun masih waras lagi untuk menjaga batas sebagai seorang muslim.

"Tak adalah daddy. Along tahu batas along sebab itulah along minta mummy dengan daddy untuk pinang Zuha bagi pihak along."

"Tapi, setahu mummy Zuha dah bertunang. Along tak boleh kahwin dengan tunang orang, tahu?"

Zuhayr mengangguk lagi sambil mengemam bibir. Ya, dia juga maklum akan hal itu. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya meminang tunangan orang tapi itu tidak menjadi masalah kerana ianya akan selesai tak lama lagi.

"Zuha dah putus tunang, mummy." ujar Zuhayr.

Datin Zareena menunjukkan riak wajah seolah-olah terkejut dengan kata-kata Zuhayr itu. Namun tak lama kemudian, dia mengukirkan senyuman segaris sambil memandang wajah suaminya. Dato' Zhafran hanya mengangguk kecil sambil memberi isyarat agar isterinya bersuara bagi pihak mereka.

"Along betul sayangkan Zuha? Mummy tak nak apa-apa berlaku pada perkahwinan along dan Zuha akibat keputusan terburu-buru along hari ni. Along kena tahu, nikah bukan sekadar lafaz 'aku terima nikahnya'. Nikah adalah janji. Janji yang along akan menjaga isteri along sebaik mungkin. Nikah juga adalah tentang amanah dan tanggungjawab. Kalau along yakin yang along dah bersedia untuk tunaikan janji menjaga dia seumur hidup dan pikul amanah serta tanggungjawab yang diberikan, mummy dan daddy takkan halang niat along untuk memperisterikan Zuha." ujar Datin Zareena dengan panjang lebar.

"Kami berdua bukan tak suka along berkahwin malah kami sokong niat along tu. Tapi yelah, tiba-tiba rushing macam ni sudah tentulah kami risaukan along."

Dato' Zhafran pula menyambung sambil menilik wajah Zuhayr. Dia tahu anak sulungnya ini bukan bersikap sambil lewa. Setiap apa yang dilakukan sudah pasti dia siap berfikir panjang dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Perlahan-lahan Zuhayr menjatuhkan kepalanya berulang kali. Dia turut menghadiahkan sebuah senyuman kepada kedua orang tuanya. Ya, dia yakin yang sudah pun bersedia dengan amanah dan tanggungjawab yang bakal dipikul seumur hidupnya itu.

"Insyaallah mummy, daddy. Along dah fikir masak-masak sebelum ambil keputusan ni. Jadi, boleh ya tolong along?"

Kedua ibu bapanya turut tersenyum sebelum masing-masing mengangguk tanda setuju.

"So, bila kami berdua boleh berjumpa dengan family Zuha?" soal Datin Zareena. Tak sangka pula tercapai hajatnya untuk bermenantukan gadis seperti Zuha.

"Insyaallah, hujung minggu ni. Nanti along confirmkan semula dengan family Zuha." balas Zuhayr. Dalam diam dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang telah dia rancang sebelum ini.

*****

Zuhayr melepaskan nafas lega. Urusan ambil alih projek pembangunan di Kampung Binjai itu berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya pihak Angsana Holdings seperti tidak mahu melepaskan projek tersebut ke tangan ZZ Group.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now