54

15K 761 2
                                    

Zuha mengerutkan dahi. Dia memandang Zuhayr dan bangunan hotel yang berada di hadapannya bersilih ganti.

"Apa yang berkerut sangat muka tu, sayang?" tegur Zuhayr sambil tersengih. Matanya masih lagi memandang ke skrin iPhone. Ibu jarinya tidak berhenti menggeser skrin telefon pintar tersebut sejak dari tadi.

"Baru Zuha tahu yang Zuha ada suami otak seminit."

Terjungkit sebelah kening Zuhayr. Otak seminit tu apa benda?

"Otak seminit?"

"Yelah, suka buat random plan. Tiba-tiba aje dah sampai hotel. Ni pantai mana entah abang bawa Zuha. Sudahlah kita ni sehelai sepinggang. Inilah kali pertama Zuha check in hotel lenggang kangkung macam ni, tau?"

Zuha kembali menghalakan pandangan ke luar tingkap kereta. Seronoknya bila dengar bunyi deruan ombak pantai. Rasa tenang mula memenuhi jiwanya. Akan tetapi suara ketawa Zuhayr lebih menarik perhatian rongga pendengarannya saat ini.

"Kenapa abang gelak?"

Zuhayr lantas menggeleng bersama dengan ketawa yang masih bersisa.

"Baru sayang tahu yang abang ni otak seminit? Kenapa? Sayang tak suka ke meluangkan masa dengan abang?"

"Mestilah suka..." Zuha menggumam perlahan. "Tapi abang dah beritahu kat mummy dan daddy ke yang kita tak balik rumah malam ni? Takut nanti diorang cari kita pula."

"Alah, tak apa. Diorang fahamlah tu kalau kita tak balik. Lagipun abang nak meluangkan masa dengan sayang dan anak kita." ujar Zuhayr seraya menyentuh perut Zuha yang berlapikkan blouse itu.

Zuha mula mengulumkan senyuman. Tangannya turut sengaja dilekapkan ke atas tangan Zuhayr.

"Abang laparlah. Jom makan?"

"Pukul 11 malam? Ada lagi ke kedai makan buka waktu macam ni?"

Laju Zuhayr mengangguk.

"Kedai tomyam bersepah kat sini. Pukul dua nanti baru diorang tutup. Kenapa? Sayang tak larat ke?"

Zuha menggelengkan kepalanya. Jika diikutkan kata hati, dia sememangnya sudah mula keletihan dan ingin sambung berehat di bilik namun perutnya pula kata lain.

"Taklah. Zuha pun lapar juga ni." ujarnya sebelum keluar dari perut kereta. Zuhayr juga turut melangkah keluar dari kereta lalu mendapatkan isterinya.

Zuha sembunyi senyum sambil memeluk lengan suaminya. Mereka berdua kemudian berjalan beriringan menuju ke kedai makan yang dimaksudkan oleh Zuhayr. Baru sahaja Zuha hendak meneruskan langkah, tiba-tiba terdengar suara seseorang memanggil namanya.

"Zuha?"

Langkah pasangan itu mati serentak. Raut wajah Zuha sudah mula berubah setelah dia melihat gerangan yang menegurnya.

"Aunty?"

*****

Zuha berdiri di beranda bilik sambil memeluk tubuh menghadap pantai. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi tetapi matanya masih lagi segar-bugar. Zuhayr pula sudah lama hanyut dibuai mimpi sejak dari tadi. Kedengaran dengkuran halus daripada lelaki itu menandakan yang Zuhayr benar-benar berada dalam keletihan.

Sebuah keluhan dilepaskan taktala dia teringat akan pertemuan tadi, sewaktu dia dan Zuhayr ingin beredar ke kedai makan.

"Zuha sihat? Aunty tak sangka dapat jumpa Zuha lagi." ujar Puan Laila. Dia kemudian memeluk tubuh Zuha yang hanya kaku sejak dari tadi. Zuha juga menundukkan wajah sambil pandangannya jatuh ke atas riba. Dia tidak mampu untuk menatap wajah ibu kepada Hawa ini.

HER BEAUTIFUL COMFORT - CWhere stories live. Discover now